"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

06 June, 2014

SOAL JAWAB TENTANG HIJAB

Pertanyaan:

Apakah dalil-dalil dari Al Quran dan As-Sunnah yang berkait dengan perbincangan mengenai menutup wajah dengan niqab? Isteri saya tidak mahu memakai niqab dengan alasan pada masalah ini ada perbezaan pendapat di antara para ulama dahulu dan sekarang di mana sebahagian mereka memfatwakan untuk menutup rambut sahaja. Saya harap anda dapat menerangkan masalah ini menurut tinjauan Al Quran dan As-Sunnah, semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalasnya dengan kebaikan. 


Jawaban:

Si penanya telah menjelaskan bahawa isterinya tidak mahu memakai niqab atau hijab dan si isteri berkata bahawa hijab adalah cukup menutup rambut saja dan bahawasanya para ulama terdahulu dan sekarang telah berselisih pendapat tentang hukum wajib tidaknya mengenakan hijab, maka oleh kerana itu telah menjadi keyakinannya bahawa hijab bukan perkara yang penting, kerana ada ulama sekarang yang memfatwakan demikian, begitu juga menurut sebahagian ulama pada masa dahulu. Demikianlah jawaban sang isteri dan pembicaraan yang terjadi di antara mereka.

Maka kami katakan:

Wahai ukhti muslimah: semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala menunjukkan mu kepada jalan yang lurus dan melindungimu dari setiap kesesatan dan menjagamu dengan Islam serta menjadikanmu di antara ummat Islam dan orang-orang beriman yang menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya.

Wahai ukhti muslimah: Hijab, penutup wajahmu adalah kemuliaan dan izzahmu di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta kebahagiaan bagimu di kehidupan dunia dan akhirat. Di akhirat ada pahala dari Allah dan ganjaran yang besar. Dan di dunia (hijab) sebagai benteng kemuliaan dan kehormatanmu.

Wahai ukhti yang mulia: Sesungguhnya wajah wanita  letak pada kecantikan mereka, wajah mengungkapkan kemolekan dan keindahannya. Dan apabila seorang wanita meninggalkan hijabnya dan melepaskan hijab dari wajahnya, orang-orang selain dari  jenisnya, yang bukan mahram baginya akan dengan beluasa dapat melihat dan memandang kepadanya. Dan akibatnya dia akan diganggu atau digoda dan laki-laki akan berusaha untuk mendekatinya dan hasilnya adalah kemudharatan dan kehinaan –hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kita mohon keselamatan-.

Wahai ukhti muslimah: Tidak sadarkah engkau bahawa (berhasilnya -pent) para penjajah sesat meruntuhkan bangunan Islam di negeri-negeri penganutnya dan mendedahkan kehormatan mereka serta menyebarkan di kalangan ummatnya berbagai bentuk pencacian dan menjajakan kebatilan dan menjauhkan mereka dari agama mereka tidak lain adalah dengan cara merosakkan kaum wanitanya.

Sehingga akhirnya wanita-wanita muslimah mencampakkan hijabnya, menyambut seruan mereka yang hidup di bawah didikan musuh-musuh Islam, orang-orang yang terperdaya oleh mereka, lantas merealisasikan rencana busuk mereka, memerangi hijab dan menyangka bahawa hijab adalah paksaan, mencelakakan kaum wanita, mengekang dan mengurung mereka dari bersosialisasi dengan lawan jenis, dan bahawa hijab adalah sebab tersisihnya mereka dari masyarakat.

Wahai ukhti muslimah, dahulu wanita-wanita Islam mengenakan hijab dan di kala itu hijab adalah suatu ajaran yang disyariatkan pada kurun-kurun yang lampau. Dan orang-orang yang mengatakan wanita boleh menampakkan wajahnya dan kedua tangannya dengan dalil,

  زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ                          

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka” (Qs. An-Nuur: 31)

adalah pendapat yang lemah, tidak boleh dijadikan pegangan. Dan para pakar berpendapat bahawa erti “kecuali yang (biasa) nampak dari mereka” adalah pakaian luar bukan maksudnya membuka wajah dan kedua tangan.

Wahai ukhti muslimah: Berapa besar kerosakkan yang menimpa agama wanita-wanita muslimah akibat mereka menanggalkan hijab, berapa banyak orang-orang fasik yang akhirnya berhasil memperdaya mereka dan betapa perbuatan ini telah mengakibatkan lemahnya pertahanan seorang wanita dan keperibadiannya serta hilangnya kehormatan, kemuliaan dan kesucian mereka.

Wahai ukhti muslimah:  Jangan kalian terperdaya dengan orang-orang yang tertipu oleh kebudayaan timur dan barat. Jangan sampai orang-orang yang dididik di negeri-negeri musuh Islam memperdaya kalian. Mereka datang membawa pemikiran barat yang serba boleh untuk diterapkan kepada wanita-wanita muslimah. Mereka menginginkan agar wanita-wanita muslimah membuka wajah-wajah mereka dan agar mereka mengenakan pakaian setengah telanjang dan agar mereka berbaur dengan laki-laki di pusat membeli belah, antara laki-laki dan wanita tanpa rasa malu dan bebas bersenda gurau di antara mereka tanpa batasan sama sekali. Mereka ingin agar wanita-wanita muslimah membuang fitrah mereka dan mematikan kepribadian mereka dan membumihanguskan akhlak mereka dan menjerumuskan mereka ke berbagai macam kerosakkan dan kehinaan,

يُؤۡفَڪُونَ ٱللَّهُ‌ۚ أَنَّىٰ قَـٰتَلَهُمُ

“ Allah membinasakan bagi mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?”.
(Qs. At-Taubah: 30)

Yang kami yakini menurut agama bahawa hijab hukumnya adalah wajib bagi kaum wanita. Dan lahiriyah ayat-ayat Al Qur’an adalah bukti akan perkara ini.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن
جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
(Surah Al-Ahzab:59)

Dan firman-Nya, “Agar hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”, maksudnya adalah menlabuhkannya ke wajah dan dada dengannya mereka tutupi tubuh mereka dari pandangan laki-laki.

Dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga berfirman:

                وَقُلُوبِهِنَّۚ ذَٲلِڪُمۡ أَطۡهَرُ لِقُلُوبِكُمۡ وَإِذَا سَأَلۡتُمُوهُنَّ مَتَـٰعً۬ا فَسۡـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ۬     

“Apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” (Surah Al-Ahzab: 53)

Wahai ikhwan sekalian: Sucinya hati seorang muslim adalah ketika menyaksikan wanita muslimah berhijab. Dan sucinya hati seorang muslimah adalah ketka mereka berhijab. Dan meninggalkan hijab hanya mewarisi penyakit di dalam hati laki-laki dan perempuan. Hati-hatilah kalian dari tipudaya orang-orang yang mengatakan bahawa sebagian ulama yang melarang wanita membuka wajah mereka bukan para pakar dan bukan ulama rujukan yang diiktiraf, kerana sesungguhnya mereka hanya ingin mencampakkan akhlak yang mulia dan adab-adab yang tinggi dan bahwasanya wanita boleh melakukan perbuatan sesuka hatinya dan mereka tidak harus berpegang dengan syari’at. Semoga Allah mengembalikan semua kepada kebenaran dan memberi kita dan mereka petunjuk-Nya kepada jalan yang lurus.

–semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua serta mereka-

Alih bahasa: Al Ustadz Jafar Salih/Mas Eliza/Har

No comments: