Kelalaian
Jambatan Neraka
Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ
فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ
“Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya
sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya”. (Surah
Al-Anbiyaa’: 1)
Orang
yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman sekarang ini akan dapat melihat
betapa tepatnya ayat ini dengan kenyataan yang ada. Mereka berpaling dari minhaaj
Allah serta lalai dari urusan akhirat dan tujuan manusia diciptakan. Mereka
merasa seolah-olah tidak diciptakan untuk beribadah, melainkan untuk
bersenang-senang mengikuti hawa nafsunya. Mereka berfikir tentang dunia, mereka
mencintai kerana dunia, dan mereka bekerja demi dunia. Mereka saling bersaing,
bermusuhan bahkan saling membunuh hanya kerana dunia. Itu semua disebabkan
mereka meremehkan dan mengabaikan perintah-perintah Rabbnya.
Bahkan
sebahagian mereka ada yg sudah merancang untuk meninggalkan solat atau menunda
hingga akhir waktu kerana disebakan sibuk dengan harta, sibuk berdagang,
menyaksikan pertandingan-pertandingan, atau kerana janji dan lain sebagainya.
Segala sesuatu dalam hidup ini mempunyai hidangan di hati mereka. Pekerjaan,
perdagangan, sukan, pelancongan, muzik, makan, minum, tidur, dan sebagainya,
semuanya mempunyai tempat tersendiri dalam hatinya, tetapi tidak untuk
Al-Qur'an & perintah-perintah agama.
Kita
lihat bahawa salah seorang dari kita begitu cerdas dan pandai dalam perkara
dunia, akan tetapi yang cerdas ini tidak dapat mengambil manfaat dari
kepandaian dan kecerdasannya itu pada perkara yang bermanfaat baginya di
akhirat kelak. Kepandaiannya tidak menuntunnya menuju jalan hidayah dan
istiqamah di atas agama Allah yang padahal di sanalah dia akan mendapatkan
kebahagiaan dunia dan akhirat. Sungguh inilah bentuk terhalangnya seseorang
dari merasakan kebahagiaan hakiki.
Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
يَعْلَمُونَ ظَاهِرا
ً مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
“Mereka
hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan
mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat”. Surah
Ar-Rum: 7)
Kita katakan kepada mereka yang sentiasa
tenggelam dalam kezaliman, dosa, dan kemaksiatan bahwa mereka ini boleh jadi
tidak mempercayai adanya neraka, atau meyakini bahwa neraka diciptakan untuk
selain mereka. Mereka telah lupa akan hari perhitungan dan hari pembalasan dan
mereka pura-pura tidak tahu nash-nash yang telah memberitakan tentang kedahsyatan,
kesulitan dan kengeriannya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ
لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ
“Demi
umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan
maksiat mereka”. (Surah Al-Hijr: 72)
Mereka
sibuk mengurusi keselesaan dan kebahagiaan fizikal mereka di dunia yang fana
ini dan mereka mengabaikan kebahagiaan dan kenyamanan di akhirat yang kekal
selamanya. Betapa semangatnya mereka mengejar harta. Betapa seriusnya mereka
dalam bekerja. Dan betapa sabar dan teliti mereka memberi perhatian kepada
kesihatan tubuhnya. Akan tetapi, mempelajari urusan agama, memahami,
mengamalkan, dan berpedoman padanya adalah perkara yang paling akhir dalam
fikirannya.
Itupun
kalau mereka masih punya sisa waktu dari kesibukannya mengejar dunia. Masa
telah mereka habiskan untuk dunia. Malah majoriti dihabiskan untuk hal yang
diharamkan dan melanggar yang diwajibkan. Mereka melakukannya dengan dalih
mencari kesenangan dan kebahagiaan. Padahal apa yang mereka lakukan ini sama sekali
tidak akan mengantarkan melainkan kepada kesengsaraan. Sedar atau tidakkah
mereka itu dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَمَنْ أَعْرَضَ
عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَة ً ضَنكا ً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ أَعْمَى
"Dan
sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari
kiamat dalam keadaan buta". (Surah Thaha: 124)
Seperti yang dikatakan oleh seorang penyair:
Mereka
telah melupakan beratus-ratus bahkan beribu-ribu dosa dan maksiat yang
dilakukan siang dan petang. Ghibah, dusta, melihat yang haram, makan yang
haram, dan kemaksiatan lain yang mereka anggap remeh yang telah mereka lupakan.
Mereka menyangka itu semua tidaklah berbahaya dan tidak akan menjerumuskan
mereka ke dalam kerugian dan kebinasaan di dunia dan akhirat.
Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi SAW yang
bermaksud: “Jauhilah dosa-dosa kecil
kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan
membinasakannya”
Ditambah
dengan dosa-dosa besar bahkan termasuk yang amat besar seperti riba, zina,
liwat, rasuah, fitnah dan semisalnya. Tidakkah mereka sedar ?!
Sungguh
menghairankan! Tidakkah mereka bosan dengan hidup seperti itu? Tidakkah mereka
bertanya kepada diri sendiri, apa yang ada di akhir hidup nanti? Apakah yang
ada setelah kelazatan dan tenggelam dalam syahwat ini? Adakah mereka lalai
dengan apa yang ada di balik itu semua? Adakah mereka lalai akan kematian,
perhitungan, qubur, sirat, neraka dan adzab? Tidakkah terbayang oleh mereka
kengerian dan kedahsyatan itu semua?
Semua
kelazatan itu akan lenyap, dan terseksalah akibat yg menyakitkan. Tenggelam
dalam syahwat mewariskan penyesalan dan kerugian yang mendalam. Kesenangan yang
sedikit namun membuahkan azab yang pedih serta ratapan di dasar Jahannam.
Adakah orang berakal yang mau mengambil pelajaran?! Adakah mau mentadabburi dan
beramal untuk tujuan apa dia diciptakan dan mempersiapkan diri dengan apa yang
akan disongsong di depan?!.
Gemerlapnya
dunia dan mudahnya mencari kesenangan dunia telah membuat mata mereka buta dan
terbuai dalam kelalaian. Sungguh mereka akan sangat menyesal dengan
sebenar-benarnya penyesalan apabila terus menerus dalam kelalaian, tenggelam
dalam permainan dan senda gurau ini.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ
الأَمَلُ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
“Biarkanlah
mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh
angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui
kelak (bencana perbuatan mereka)”. (Surah Al-Hijr: 3)
Biarkan mereka hidup seperti binatang yang
tidak memikirkan apa-apa kecuali makan, minum, pakaian, dan mencari pasangan.
Belum tibakah masanya bagi setiap muslim untuk mengetahui hakikat hidup dan
untuk tujuan apa dia diciptakan?
Diamlah sejenak bersama tulisan ini
Muhasabah
dirilah, tanya pada dirimu dan lihatlah bagaimana engkau selama ini menjalani
kehidupan. Adakah dirimu seperti mereka yang lalai dan tenggelam dalam
permainan dan senda gurau itu atau tidak? Apakah engkau telah berada di atas
jalan yang benar yang akan membawa mu kepada keredhaan Allah dan syurga-Nya
yang penuh kenikmatan? Atau apakah engkau mencari jalan yang sesuai dengan
cita-cita dan syahwatmu meskipun di dalamnya mengandung kesengsaraan dan
kebinasaan? Lihatlah dua jalan ini wahai saudaraku. Sungguh ini bukanlah
perkara yang remeh.
Demi
Allah ini adalah perkara yang besar dan perlu kesungguhan. Saya yakin bahawa
tidak ada yang lebih berharga di sisimu dari dirimu sendiri, maka
bersungguh-sungguhlah untuk menyelamatkannya dari neraka dan dari di murka
Allah yang amat keras siksa-Nya.
Lihatlah
saudaraku bagaimana engkau menyikapi perintah Allah dan Rasul-Nya saw? Apakah
engkau mengamalkan dan merealisasikannya dalam kehidupan atau engkau
mengabaikannya dan hanya mengambil sebahagian yang sesuai dengan cita-cita dan
nafsumu semata?. Agama ini tidak boleh dipecah-pecah. Iltizam (berpegang) pada
sebahagian urusannya dan meninggalkan yang lain boleh dianggap sebagai
penghinaan, meremehkan, dan mempermainkan perintah Allah swt. Sangatlah tidak
layak bagi seorang muslim untuk berbuat demikian.
Sesungguhnya
Allah telah melarang hal itu dan mengancam pelakunya dengan azab yang pedih.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 85:
أَفَتُؤمِنونَ بِبَعضِ
الكِتابِ وَتَكفُرونَ بِبَعضٍ ۚ فَما جَزاءُ مَن يَفعَلُ ذٰلِكَ مِنكُم إِلّا
خِزيٌ فِي الحَياةِ الدُّنيا ۖ وَيَومَ القِيامَةِ يُرَدّونَ إِلىٰ أَشَدِّ
العَذابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغافِلٍ عَمّا تَعمَلونَ
“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian
(dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka
tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain
dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka
ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali
lalai akan apa yang kamu lakukan”. (Surah Al-Baqarah: 85)
Muslim yang sejati waktunya habis untuk beribadah.
Agama baginya bukanlah hanya sekedar simbol ibadah.
Wahai yang
tenggelam dalam kemaksiatan, sampai bilakah kelalaian ini akan berlangsung?
Sampai bilakah engkau berpaling dari Allah? Tidakkah tiba saatnya engkau bangun
dan bangkit dari kelalaian ini? Belum tibakah masanya hati yang keras ini
menjadi lembut dan khusyuk 'kepada Rabb semesta alam?
Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
أَلَم يَأنِ لِلَّذينَ
آمَنوا أَن تَخشَعَ قُلوبُهُم لِذِكرِ اللَّهِ وَما نَزَلَ مِنَ الحَقِّ
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang
yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran
Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?”
(Surah Al-Hadid: 16)
Sampai
bilakah engkau ingin menjadi sebahagian dari kumpulan orang-orang yang
bertaubat? Tidakkah engkau menginginkan apa yang mereka inginkan? Apakah engkau
merasa lebih kaya dan tidak perlu kepada apa yang mereka inginkan berupa pahala
di sisi Allah? Adakah mereka takut kepada Allah sementara engkau merasa kuat
sehingga tidak takut kepada-Nya? Tidakkah engkau mahukan syurga?
Bayangkanlah engkau dapat melihat wajah Rabbmu
Yang Mulia di syurga. Bayangkanlah engkau boleh berjabat tangan dengan manusia
yang paling mulia Muhammad saw, engkau menciumnya, dan duduk bersamanya serta
bersama para nabi dan sahabat lain di syurga.
Allah berfirman Subhanahu wa Ta’ala:
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ
وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَّهُ عَلَيهِم مِنَ
النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ
وَالشُّهَداءِ
وَالصّالِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan
RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang
yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan
orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang
soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang
yang taat)”. (Surah An-Nisaa: 69)
Bayangkanlah
dirimu ada dalam puncak kebahagiaan di syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya
sungai air, sungai susu, dan sungai madu, beserta sahabat-sahabat yang sentiasa
menyenangkan hati. Di dalamnya engkau boleh mendapatkan apa yang kau inginkan.
Bayangkanlah semuanya ini, syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Kemudian
bayangkanlah juga olehmu neraka, panasnya, luasnya, dalamnya, dahsyatnya dan
kengeriannya. Azab yang diderita oleh
penghuninya berlangsung terus tanpa henti.
Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
كُلَّما أَرادوا أَن
يَخرُجوا مِنها مِن غَمٍّ أُعيدوا فيها وَذوقوا عَذابَ الحَريقِ
“Tiap-tiap
kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya,
mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa
yang membakar!" (Surah Al-Hajj: 22)
Bayangkanlah
semua itu, mudah-mudahan akan membantumu untuk segera kembali kepada Allah.
Demi Allah, kau selamanya tidak akan pernah menyesal kerana taubat. Bahkan
engkau akan mendapatkan kebahagiaan dengan izin Allah di dunia dan di akhirat
dengan kebahagiaan yang sebenarnya. Berusahalah mulai hari ini untuk menempuh
jalan tersebut dan janganlah menyerah. Bukankah engkau senantiasa membaca dalam
shalatmu: اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ “Tunjukilah
kami ke jalan yang lurus." (Al-Fatihah: 6) ?.
Maka
selama engkau menghendaki jalan yang lurus, mengapa engkau tidak menempuh dan
menelusurinya?. Saudaraku, hati-hatilah jangan sampai tertipu oleh dunia dan
condong kepadanya. Hati-hatilah engkau untuk menjadikan dunia sebagai cita-cita
dan matlamat hidupmu. Sungguh setiap kali engkau melewati detik demi detik dari
hidupmu ini dan engkau terbuai kenikmatannya dunia, bererti engkau telah
mensia-siakan usiamu.
Maka
sangatlah dikesali apabila kematian tiba-tiba datang menjemputmu sementara
engkau masih dalam keadaan lalai. Sangatlah disayangkan ketika engkau diseru
untuk bertaubat engkau tidak menyahutnya. Di depanmu telah menanti kematian dan
sedang menghadapi sakaratul maut, kubur dan kegelapannya, padang mahsyar dan
kedahsyatannya. Engkau akan berdiri di hadapan Allah dan akan ditanya tentang
apa yang telah engkau kerjakan, baik kecil ataupun besar. Maka persiapkanlah
jawapan untuk itu.
Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
عَمّا كانوا يَعمَلونَ فَوَرَبِّكَ لَنَسأَلَنَّهُم أَجمَعينَ
“Demi
Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat
kelak), Mengenai apa yang mereka telah lakukan”. (Surah Al-Hijr: 92-93)
Demi
Allah, tidaklah pantas sama sekali bagi seorang yang berakal untuk bermain-main
dalam kesia-siaan di dunia ini serta bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Sungguh tidaklah pantas bagi yang berakal, melakukan semua itu
sementara di hadapannya telah menanti kengerian dan kedahsyatan siksa Allah.
Sungguh merupakan peluang besar yang Allah kuruniakan kepadamu dengan
kehidupanmu sehingga saat ini. Allah masih memberikan kesempatan untuk
bertaubat dan kembali kepada-Nya. Maka kembalilah kepada Allah. Janganlah
engkau sia-siakan peluang yang ada. Segeralah bertaubat selama engkau masih
hidup dan selama kematian belum datang menjemput. Ingatlah mereka yang telah
keluar dari dunia, kerana kelak engkau pun akan keluar dari dunia ini juga. Selagi
engkau sekarang masih berada di negeri amalan dan masih punya kesempatan
bertaubat dan beramal.
Adapun
mereka, majoriti daripada mereka yang telah diwafatkan Allah sangat berharap
untuk dapat dihidupkan semula agar dapat memperbaiki amal dan bertaubat.
قَد خَسِرَ الَّذينَ
كَذَّبوا بِلِقاءِ اللَّهِ ۖ حَتّىٰ إِذا جاءَتهُمُ السّاعَةُ بَغتَةً
“Sesungguhnya
telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga
apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka..”
Mereka berkata:
يا
حَسرَتَنا عَلىٰ ما فَرَّطنا فيها وَهُم يَحمِلونَ أَوزارَهُم عَلىٰ ظُهورِهِم ۚ
أَلا ساءَ ما يَزِرونَ
"Aduhai
kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka
memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa
yang mereka pikul itu”. (Surah Al-An’am: 31)
Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:
إِنَّا
أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ
يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا
“Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang
kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat
oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya
aku dahulu adalah tanah". (Surah An-Naba’: 40)
Maka
hati-hatilah, semoga TIDAK terus berbuat kesalahan sehingga engkau akan
menyesal pada hari di mana tidak berguna lagi penyesalan. Selamatkanlah dirimu
& keluargamu dari neraka selama peluang itu masih ada di tangan kamu dan
sebelum engkau berkata:
حَتّىٰ إِذا جاءَ
أَحَدَهُمُ المَوتُ قالَ رَبِّ ارجِعونِ
“Kesudahan
golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di
antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup
semula di dunia)”. (Surah Mu’minun: 99) {1)
لَعَلّي أَعمَلُ
صالِحًا فيما تَرَكتُ ۚ كَلّا ۚ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها ۖ وَمِن وَرائِهِم
بَرزَخٌ إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
"Supaya
aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku
tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah
kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam
barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan
semula (pada hari kiamat)”. (Surah Mu’minun: 100) {2} Dan saat itu keinginanmu itu tidak dikabulkan sama sekali.
Keterangan:
[1].
Maksudnya: orang-orang kafir di waktu
menghadapi sakratul maut, minta supaya diperpanjang umur mereka, agar mereka
dapat beriman.
[2]. Maksudnya: mereka sekarang telah menghadapi suatu kehidupan baru, iaitu kehidupan
dalam kubur, yang membatasi antara dunia dan akhirat.
Hidup tanpa
menyesuaikan diri dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Ta’ala bererti satu
kerugian besar.
Sebagaimana
difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِلَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ
وَتَواصَوا بِالصَّبرِ , إِنَّ الإِنسانَ لَفي
خُسرٍ , وَالعَصرِ
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr: 1-3)
Betapa
pun mewah dan kayanya seseorang, betapa pun tinggi jabatan dan berkuasanya
seseorang, namun kalau tidak beriman, tidak mengerjakan kebajikan untuk
menetapi kebenaran dengan kesabaran, maka tetap saja dia akan termasuk manusia
yang rugi. Sebab kemewahan, kuasa dan harta itu hanya menolong dia selama hidup
di dunia yang fana ini, dalam tempo yang sangat terhad, 50-80 tahun, lebih atau
kurang. Setelah dia mati maka terputuslah segala kemewahan, kuasa dan manfaat
semua harta itu baginya. Dia akan hidup di alam akhirat yang kekal dalam tempat
kehinaan, kesengsaraan dan kesusahan yang tak terhingga. Tak ada guna lagi
menyesal pada masa itu,
Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنّا أَنذَرناكُم
عَذابًا قَريبًا يَومَ يَنظُرُ المَرءُ ما قَدَّمَت يَداهُ وَيَقولُ الكافِرُ يا
لَيتَني كُنتُ تُرابًا
“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami
memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu
hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan
berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya
aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". (Surah An-Naba’: 100)
Dan
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:
أَلَم تَرَ أَنَّ
اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّماواتِ وَالأَرضِ وَالطَّيرُ صافّاتٍ ۖ كُلٌّ
قَد عَلِمَ
صَلاتَهُ وَتَسبيحَهُ
ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِما يَفعَلونَ
“Tidakkah
engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa
bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta
burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui
(menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah
dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”.(Surah
An-Nuur: 41)
Bagi
orang-orang yang kafir, ingkar dan lalai, maka pada saat itu benar-benar nyata
bahawa menjadi tanah, tumbuhan dan haiwan adalah lebih baik daripada menjadi
manusia yang akhirnya menanggung siksa yang amat pedih di neraka, sebab tanah,
tumbuhan dan haiwan tidak turut dihisap dan mendapat siksa. Seluruh makhluk
ciptaan-Nya selama itu selalu tunduk pada segala ketentuan Allah, tunduk di
bawah kehendak dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Hanya
makhluk bernama manusia yang nyata ada yang tunduk dan kebanyakan yang
menentang ketentuan-ketentuan Allah selama menjalani kehidupannya di dunia ini.
Itulah akibat dari akal yang telah di amanatkan Allah untuk dipakai manusia,
termasuk hati (perasaan) dan nafsu (keinginan) yang merangsang akal untuk
mematuhi atau menentang ketentuan Allah, dengan berbuat kerosakan, kekejaman
dan penganiayaan. Padahal Allah telah memberi petunjuk yang lurus, telah
mengutus para nabi dan rasul untuk memberi peringatan kepada manusia agar
menjalani hidup menurut ketentuan Allah. Tuntunan dan semua risalah yang dibawa
para nabi dan rasul itulah yang disebut agama Islam.
Sumber/Rujukan : Hidup Sebelum Mati - KH.Bey Arifin/Labbaik
Posted by: HAR