"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

27 October, 2016

Kelalaian Jambatan Neraka

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ا‍‍قْ‍‍‍تَ‍رَبَ لِل‍‍نّ‍‍‍َ‍اسِ حِسَابُهُمْ ‌وَهُمْ فِي غَ‍‍فْلَةٍ‌ مُعْ‍‍رِ‍‍ضُ‍‍ونَ
 “Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya”. (Surah Al-Anbiyaa’: 1)

Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman sekarang ini akan dapat melihat betapa tepatnya ayat ini dengan kenyataan yang ada. Mereka berpaling dari minhaaj Allah serta lalai dari urusan akhirat dan tujuan manusia diciptakan. Mereka merasa seolah-olah tidak diciptakan untuk beribadah, melainkan untuk bersenang-senang mengikuti hawa nafsunya. Mereka berfikir tentang dunia, mereka mencintai kerana dunia, dan mereka bekerja demi dunia. Mereka saling bersaing, bermusuhan bahkan saling membunuh hanya kerana dunia. Itu semua disebabkan mereka meremehkan dan mengabaikan perintah-perintah Rabbnya.

Bahkan sebahagian mereka ada yg sudah merancang untuk meninggalkan solat atau menunda hingga akhir waktu kerana disebakan sibuk dengan harta, sibuk berdagang, menyaksikan pertandingan-pertandingan, atau kerana janji dan lain sebagainya. Segala sesuatu dalam hidup ini mempunyai hidangan di hati mereka. Pekerjaan, perdagangan, sukan, pelancongan, muzik, makan, minum, tidur, dan sebagainya, semuanya mempunyai tempat tersendiri dalam hatinya, tetapi tidak untuk Al-Qur'an & perintah-perintah agama.

Kita lihat bahawa salah seorang dari kita begitu cerdas dan pandai dalam perkara dunia, akan tetapi yang cerdas ini tidak dapat mengambil manfaat dari kepandaian dan kecerdasannya itu pada perkara yang bermanfaat baginya di akhirat kelak. Kepandaiannya tidak menuntunnya menuju jalan hidayah dan istiqamah di atas agama Allah yang padahal di sanalah dia akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sungguh inilah bentuk terhalangnya seseorang dari merasakan kebahagiaan hakiki.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَعْلَم‍‍ُ‍ونَ ظَ‍‍اهِ‍‍ر‌ا‌ ً‌ مِنَ ‌الْحَي‍‍َ‍اةِ ‌ال‍‍دُّ‌نْ‍‍يَا‌ ‌وَهُمْ عَنِ ‌الآ‍‍خِ‍‍رَةِ هُمْ غَ‍‍افِلُونَ
“Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat”. Surah Ar-Rum: 7)

Kita katakan kepada mereka yang sentiasa tenggelam dalam kezaliman, dosa, dan kemaksiatan bahwa mereka ini boleh jadi tidak mempercayai adanya neraka, atau meyakini bahwa neraka diciptakan untuk selain mereka. Mereka telah lupa akan hari perhitungan dan hari pembalasan dan mereka pura-pura tidak tahu nash-nash yang telah memberitakan tentang kedahsyatan, kesulitan dan kengeriannya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لَعَمْرُكَ ‌إِنَّ‍‍هُمْ لَفِي سَكْ‍رَتِهِمْ يَعْمَهُونَ
“Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka”. (Surah Al-Hijr: 72)

Mereka sibuk mengurusi keselesaan dan kebahagiaan fizikal mereka di dunia yang fana ini dan mereka mengabaikan kebahagiaan dan kenyamanan di akhirat yang kekal selamanya. Betapa semangatnya mereka mengejar harta. Betapa seriusnya mereka dalam bekerja. Dan betapa sabar dan teliti mereka memberi perhatian kepada kesihatan tubuhnya. Akan tetapi, mempelajari urusan agama, memahami, mengamalkan, dan berpedoman padanya adalah perkara yang paling akhir dalam fikirannya.

Itupun kalau mereka masih punya sisa waktu dari kesibukannya mengejar dunia. Masa telah mereka habiskan untuk dunia. Malah majoriti dihabiskan untuk hal yang diharamkan dan melanggar yang diwajibkan. Mereka melakukannya dengan dalih mencari kesenangan dan kebahagiaan. Padahal apa yang mereka lakukan ini sama sekali tidak akan mengantarkan melainkan kepada kesengsaraan. Sedar atau tidakkah mereka itu dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمَ‍‌‍نْ ‌أَعْ‍رَضَ عَ‍‌‍نْ ‌ذِكْ‍‍رِي فَإِنَّ لَ‍‍هُ مَعِيشَة‌ ً‌ ضَ‍‍‌‍ن‍‍كا‌ ً‌ ‌وَنَحْشُرُهُ يَ‍‍وْمَ ‌الْ‍‍قِ‍‍يَامَةِ ‌أَعْمَى
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Surah Thaha: 124)

Seperti yang dikatakan oleh seorang penyair:

Mereka telah melupakan beratus-ratus bahkan beribu-ribu dosa dan maksiat yang dilakukan siang dan petang. Ghibah, dusta, melihat yang haram, makan yang haram, dan kemaksiatan lain yang mereka anggap remeh yang telah mereka lupakan. Mereka menyangka itu semua tidaklah berbahaya dan tidak akan menjerumuskan mereka ke dalam kerugian dan kebinasaan di dunia dan akhirat.

Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya

 Ditambah dengan dosa-dosa besar bahkan termasuk yang amat besar seperti riba, zina, liwat, rasuah, fitnah dan semisalnya. Tidakkah mereka sedar ?!

Sungguh menghairankan! Tidakkah mereka bosan dengan hidup seperti itu? Tidakkah mereka bertanya kepada diri sendiri, apa yang ada di akhir hidup nanti? Apakah yang ada setelah kelazatan dan tenggelam dalam syahwat ini? Adakah mereka lalai dengan apa yang ada di balik itu semua? Adakah mereka lalai akan kematian, perhitungan, qubur, sirat, neraka dan adzab? Tidakkah terbayang oleh mereka kengerian dan kedahsyatan itu semua?

Semua kelazatan itu akan lenyap, dan terseksalah akibat yg menyakitkan. Tenggelam dalam syahwat mewariskan penyesalan dan kerugian yang mendalam. Kesenangan yang sedikit namun membuahkan azab yang pedih serta ratapan di dasar Jahannam. Adakah orang berakal yang mau mengambil pelajaran?! Adakah mau mentadabburi dan beramal untuk tujuan apa dia diciptakan dan mempersiapkan diri dengan apa yang akan disongsong di depan?!.

Gemerlapnya dunia dan mudahnya mencari kesenangan dunia telah membuat mata mereka buta dan terbuai dalam kelalaian. Sungguh mereka akan sangat menyesal dengan sebenar-benarnya penyesalan apabila terus menerus dalam kelalaian, tenggelam dalam permainan dan senda gurau ini.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

ذَ‌رْهُمْ يَأْكُلُو‌ا‌ ‌وَيَتَمَتَّعُو‌ا‌ ‌وَيُلْهِهِمُ ‌الأَمَلُ ۖ فَسَ‍‍وْفَ يَعْلَمُونَ
“Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka)”. (Surah Al-Hijr: 3)

Biarkan mereka hidup seperti binatang yang tidak memikirkan apa-apa kecuali makan, minum, pakaian, dan mencari pasangan. Belum tibakah masanya bagi setiap muslim untuk mengetahui hakikat hidup dan untuk tujuan apa dia diciptakan?

Diamlah sejenak bersama tulisan ini

Muhasabah dirilah, tanya pada dirimu dan lihatlah bagaimana engkau selama ini menjalani kehidupan. Adakah dirimu seperti mereka yang lalai dan tenggelam dalam permainan dan senda gurau itu atau tidak? Apakah engkau telah berada di atas jalan yang benar yang akan membawa mu kepada keredhaan Allah dan syurga-Nya yang penuh kenikmatan? Atau apakah engkau mencari jalan yang sesuai dengan cita-cita dan syahwatmu meskipun di dalamnya mengandung kesengsaraan dan kebinasaan? Lihatlah dua jalan ini wahai saudaraku. Sungguh ini bukanlah perkara yang remeh.

Demi Allah ini adalah perkara yang besar dan perlu kesungguhan. Saya yakin bahawa tidak ada yang lebih berharga di sisimu dari dirimu sendiri, maka bersungguh-sungguhlah untuk menyelamatkannya dari neraka dan dari di murka Allah yang amat keras siksa-Nya.

Lihatlah saudaraku bagaimana engkau menyikapi perintah Allah dan Rasul-Nya saw? Apakah engkau mengamalkan dan merealisasikannya dalam kehidupan atau engkau mengabaikannya dan hanya mengambil sebahagian yang sesuai dengan cita-cita dan nafsumu semata?. Agama ini tidak boleh dipecah-pecah. Iltizam (berpegang) pada sebahagian urusannya dan meninggalkan yang lain boleh dianggap sebagai penghinaan, meremehkan, dan mempermainkan perintah Allah swt. Sangatlah tidak layak bagi seorang muslim untuk berbuat demikian.

Sesungguhnya Allah telah melarang hal itu dan mengancam pelakunya dengan azab yang pedih. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 85:

أَفَتُؤمِنونَ بِبَعضِ الكِتابِ وَتَكفُرونَ بِبَعضٍ ۚ فَما جَزاءُ مَن يَفعَلُ ذٰلِكَ مِنكُم إِلّا خِزيٌ فِي الحَياةِ الدُّنيا ۖ وَيَومَ القِيامَةِ يُرَدّونَ إِلىٰ أَشَدِّ العَذابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغافِلٍ عَمّا تَعمَلونَ
“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”. (Surah Al-Baqarah: 85)

Muslim yang sejati waktunya habis untuk beribadah. Agama baginya bukanlah hanya sekedar simbol ibadah.

Wahai yang tenggelam dalam kemaksiatan, sampai bilakah kelalaian ini akan berlangsung? Sampai bilakah engkau berpaling dari Allah? Tidakkah tiba saatnya engkau bangun dan bangkit dari kelalaian ini? Belum tibakah masanya hati yang keras ini menjadi lembut dan khusyuk 'kepada Rabb semesta alam?

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

أَلَم يَأنِ لِلَّذينَ آمَنوا أَن تَخشَعَ قُلوبُهُم لِذِكرِ اللَّهِ وَما نَزَلَ مِنَ الحَقِّ
 “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?” (Surah Al-Hadid: 16)

Sampai bilakah engkau ingin menjadi sebahagian dari kumpulan orang-orang yang bertaubat? Tidakkah engkau menginginkan apa yang mereka inginkan? Apakah engkau merasa lebih kaya dan tidak perlu kepada apa yang mereka inginkan berupa pahala di sisi Allah? Adakah mereka takut kepada Allah sementara engkau merasa kuat sehingga tidak takut kepada-Nya? Tidakkah engkau mahukan syurga?

Bayangkanlah engkau dapat melihat wajah Rabbmu Yang Mulia di syurga. Bayangkanlah engkau boleh berjabat tangan dengan manusia yang paling mulia Muhammad saw, engkau menciumnya, dan duduk bersamanya serta bersama para nabi dan sahabat lain di syurga.

Allah berfirman Subhanahu wa Ta’ala:

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَّهُ عَلَيهِم مِنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ
وَالشُّهَداءِ وَالصّالِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا
 “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)”. (Surah An-Nisaa: 69)

Bayangkanlah dirimu ada dalam puncak kebahagiaan di syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai air, sungai susu, dan sungai madu, beserta sahabat-sahabat yang sentiasa menyenangkan hati. Di dalamnya engkau boleh mendapatkan apa yang kau inginkan. Bayangkanlah semuanya ini, syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Kemudian bayangkanlah juga olehmu neraka, panasnya, luasnya, dalamnya, dahsyatnya dan kengeriannya.  Azab yang diderita oleh penghuninya berlangsung terus tanpa henti.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

كُلَّما أَرادوا أَن يَخرُجوا مِنها مِن غَمٍّ أُعيدوا فيها وَذوقوا عَذابَ الحَريقِ
“Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" (Surah Al-Hajj: 22)

Bayangkanlah semua itu, mudah-mudahan akan membantumu untuk segera kembali kepada Allah. Demi Allah, kau selamanya tidak akan pernah menyesal kerana taubat. Bahkan engkau akan mendapatkan kebahagiaan dengan izin Allah di dunia dan di akhirat dengan kebahagiaan yang sebenarnya. Berusahalah mulai hari ini untuk menempuh jalan tersebut dan janganlah menyerah. Bukankah engkau senantiasa membaca dalam shalatmu: اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ   “Tunjukilah kami ke jalan yang lurus." (Al-Fatihah: 6) ?.

Maka selama engkau menghendaki jalan yang lurus, mengapa engkau tidak menempuh dan menelusurinya?. Saudaraku, hati-hatilah jangan sampai tertipu oleh dunia dan condong kepadanya. Hati-hatilah engkau untuk menjadikan dunia sebagai cita-cita dan matlamat hidupmu. Sungguh setiap kali engkau melewati detik demi detik dari hidupmu ini dan engkau terbuai kenikmatannya dunia, bererti engkau telah mensia-siakan usiamu.

Maka sangatlah dikesali apabila kematian tiba-tiba datang menjemputmu sementara engkau masih dalam keadaan lalai. Sangatlah disayangkan ketika engkau diseru untuk bertaubat engkau tidak menyahutnya. Di depanmu telah menanti kematian dan sedang menghadapi sakaratul maut, kubur dan kegelapannya, padang mahsyar dan kedahsyatannya. Engkau akan berdiri di hadapan Allah dan akan ditanya tentang apa yang telah engkau kerjakan, baik kecil ataupun besar. Maka persiapkanlah jawapan untuk itu.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

عَمّا كانوا يَعمَلونَ فَوَرَبِّكَ لَنَسأَلَنَّهُم أَجمَعينَ
“Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), Mengenai apa yang mereka telah lakukan”. (Surah Al-Hijr: 92-93)

Demi Allah, tidaklah pantas sama sekali bagi seorang yang berakal untuk bermain-main dalam kesia-siaan di dunia ini serta bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sungguh tidaklah pantas bagi yang berakal, melakukan semua itu sementara di hadapannya telah menanti kengerian dan kedahsyatan siksa Allah. Sungguh merupakan peluang besar yang Allah kuruniakan kepadamu dengan kehidupanmu sehingga saat ini. Allah masih memberikan kesempatan untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Maka kembalilah kepada Allah. Janganlah engkau sia-siakan peluang yang ada. Segeralah bertaubat selama engkau masih hidup dan selama kematian belum datang menjemput. Ingatlah mereka yang telah keluar dari dunia, kerana kelak engkau pun akan keluar dari dunia ini juga. Selagi engkau sekarang masih berada di negeri amalan dan masih punya kesempatan bertaubat dan beramal.

Adapun mereka, majoriti daripada mereka yang telah diwafatkan Allah sangat berharap untuk dapat dihidupkan semula agar dapat memperbaiki amal dan bertaubat.

قَد خَسِرَ الَّذينَ كَذَّبوا بِلِقاءِ اللَّهِ ۖ حَتّىٰ إِذا جاءَتهُمُ السّاعَةُ بَغتَةً
“Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka..”

Mereka berkata:

 يا حَسرَتَنا عَلىٰ ما فَرَّطنا فيها وَهُم يَحمِلونَ أَوزارَهُم عَلىٰ ظُهورِهِم ۚ أَلا ساءَ ما يَزِرونَ
"Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu”. (Surah Al-An’am: 31)

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:

إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا
“Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah". (Surah An-Naba’: 40)

Maka hati-hatilah, semoga TIDAK terus berbuat kesalahan sehingga engkau akan menyesal pada hari di mana tidak berguna lagi penyesalan. Selamatkanlah dirimu & keluargamu dari neraka selama peluang itu masih ada di tangan kamu dan sebelum engkau berkata:

حَتّىٰ إِذا جاءَ أَحَدَهُمُ المَوتُ قالَ رَبِّ ارجِعونِ
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)”. (Surah Mu’minun: 99) {1)

لَعَلّي أَعمَلُ صالِحًا فيما تَرَكتُ ۚ كَلّا ۚ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها ۖ وَمِن وَرائِهِم بَرزَخٌ إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”. (Surah Mu’minun: 100) {2} Dan saat itu keinginanmu itu tidak dikabulkan sama sekali.

Keterangan:
 
[1]. Maksudnya: orang-orang kafir di waktu menghadapi sakratul maut, minta supaya diperpanjang umur mereka, agar mereka dapat beriman.
[2]. Maksudnya: mereka sekarang telah menghadapi suatu kehidupan baru, iaitu kehidupan dalam kubur, yang membatasi antara dunia dan akhirat.

Hidup tanpa menyesuaikan diri dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Ta’ala bererti satu kerugian besar.

Sebagaimana difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:

  إِلَّا الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ , إِنَّ الإِنسانَ لَفي خُسرٍ , وَالعَصرِ
Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr: 1-3) 

Betapa pun mewah dan kayanya seseorang, betapa pun tinggi jabatan dan berkuasanya seseorang, namun kalau tidak beriman, tidak mengerjakan kebajikan untuk menetapi kebenaran dengan kesabaran, maka tetap saja dia akan termasuk manusia yang rugi. Sebab kemewahan, kuasa dan harta itu hanya menolong dia selama hidup di dunia yang fana ini, dalam tempo yang sangat terhad, 50-80 tahun, lebih atau kurang. Setelah dia mati maka terputuslah segala kemewahan, kuasa dan manfaat semua harta itu baginya. Dia akan hidup di alam akhirat yang kekal dalam tempat kehinaan, kesengsaraan dan kesusahan yang tak terhingga. Tak ada guna lagi menyesal pada masa itu,

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

إِنّا أَنذَرناكُم عَذابًا قَريبًا يَومَ يَنظُرُ المَرءُ ما قَدَّمَت يَداهُ وَيَقولُ الكافِرُ يا لَيتَني كُنتُ تُرابًا
“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". (Surah An-Naba’: 100)

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:

 أَلَم تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّماواتِ وَالأَرضِ وَالطَّيرُ صافّاتٍ ۖ كُلٌّ قَد عَلِمَ
  صَلاتَهُ وَتَسبيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِما يَفعَلونَ
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”.(Surah An-Nuur: 41)                             

Bagi orang-orang yang kafir, ingkar dan lalai, maka pada saat itu benar-benar nyata bahawa menjadi tanah, tumbuhan dan haiwan adalah lebih baik daripada menjadi manusia yang akhirnya menanggung siksa yang amat pedih di neraka, sebab tanah, tumbuhan dan haiwan tidak turut dihisap dan mendapat siksa. Seluruh makhluk ciptaan-Nya selama itu selalu tunduk pada segala ketentuan Allah, tunduk di bawah kehendak dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Hanya makhluk bernama manusia yang nyata ada yang tunduk dan kebanyakan yang menentang ketentuan-ketentuan Allah selama menjalani kehidupannya di dunia ini. Itulah akibat dari akal yang telah di amanatkan Allah untuk dipakai manusia, termasuk hati (perasaan) dan nafsu (keinginan) yang merangsang akal untuk mematuhi atau menentang ketentuan Allah, dengan berbuat kerosakan, kekejaman dan penganiayaan. Padahal Allah telah memberi petunjuk yang lurus, telah mengutus para nabi dan rasul untuk memberi peringatan kepada manusia agar menjalani hidup menurut ketentuan Allah. Tuntunan dan semua risalah yang dibawa para nabi dan rasul itulah yang disebut agama Islam.

Sumber/Rujukan : Hidup Sebelum Mati - KH.Bey Arifin/Labbaik
Tafsir Al-Quran: www.surah.my
Posted by: HAR

No comments: