"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

11 October, 2016


TAHU DOSA TAPI MEREKA BUAT JUGA...
SEBAB JAHIL DAN TAK KISAH DENGAN AGAMA...
DAN TAK INGAT AKAN MATI
Seseorang yang tahu hukum dosa dan pahala tetapi terus membuat dosa kerana terpaya dengan persekitaran dan terlalu sibuk dengan dunia dan segala urusannya. Manusia banyak sekali yang terpedaya oleh tipuan dan duniawi yang begitu mempesona sehingga mereka lali dan alpa dari mengingat mati, kerana itu, manusia pun menjadi lupa kepada mati.  

Manusia tidak terlepas dari kesalahan, disedari maupun tanpa disengajakan. Apalagi jika hawa nafsu mendominasi jiwa kita. Mereka tidak suka untuk membicarakan-nya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

كُلُّ بَنِيْ آدَمَ خَطَاءٌ وَ خَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّبُوْنَ. رَوَاهُ التِّرْمـِذِيُّ
Setiap anak adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat. [HR At Tirmidzi, no.2499 dan dihasankan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ Ash Shaghir, no. 4391]

لَوْ أَنَّ الْعِبَادَ لَمْ يُذْنِبُوْا لَخَلَقَ اللهُ الْخَلقَ يُذْنِبُوْنَ ثُمَّ يَغْفِرُ لَهُمْ رَواه الْحَاكِمُ
Seandainya hamba-hamba Allah tidak ada yang berbuat dosa, tentulah Allah akan menciptakan makhluk lain yang berbuat dosa kemudian mengampuni mereka. [HR Al Hakim, hlm. 4/246 dan dishahihkan Al Albani dalam Silsilah Shahihah, no. 967] {http://almanhaj.or.id/content/2975/slash/0/taubat-nashuha/}

Kebanyakkan diantara kita tahu dan faham, sudah merasa berdosa tetapi malah masih juga membuat dosa tetapi malah menunda-nunda untuk bertaubat dengan berbagai-bagai alasan.

Sebagai contoh, mereka mengetahui bahwa solat merupakan tiang agama dan merupakan pemisah diantara muslim dan kafir dan mengetahui dosa meninggalkan solat lima waktu lebih besar dosa-dosa yang lain.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah–rahimahullah mengatakan:

 ”Kaum muslimin bersepakat bahwa meninggalkan shalat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” (Ash Sholah, hal. 7)

Banyak ayat-ayat yang membicarakan hal ini didalam Al-Quran.

Tapi ramai orang yang tertipu oleh syaitan dan dunia. Mereka beranggapan wang dan jawatan lebih penting daripada segalanya, bahkan daripada iman dan Islamnya. Apabila maut menghampiri nanti, kedua-duanya tidak akan berguna sama sekali.

Kebanyakan manusia lalai dan lengah terhadap mati karena mereka tidak menafakurinya. Andaikata mengingati mati pun, mereka tidak melakukannya dengan sepenuh hati. Karena itu, ingat mati tidak memberikan pengaruh dan akibat yang berarti atas mereka. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

قُ‍‍لْ ‌إِنَّ ‌الْمَ‍‍وْتَ ‌الَّذِي تَفِ‍‍ر‍ّ‍‍ُ‍‌ونَ مِ‍‌‍نْ‍‍هُ فَإِنَّ‍‍‍هُ مُلاَ‍قِ‍‍يكُمْ ۖ ثُ‍‍مَّ تُ‍رَ‌دّ‍ُ‍‌ونَ ‌إِلَى‌
عَالِمِ ‌الْ‍‍غَ‍‍‍يْ‍‍بِ ‌وَ‌ال‍‍شَّهَا‌دَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا‌ كُ‍‌‍ن‍‍تُمْ تَعْمَلُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Surah: Al-Jum’ah: 62)

Cara yang terbaik dan bermanfaat dalam bertafakur tentang mati iaitu mengingat keluarga, kawan-kawan dan tetangga-tetangga yang telah meninggal dunia, bahwa mereka berada di dalam kuburnya di bawah tanah, dan membayangkan keadaan serta wajah mereka di dalam kubur. Bagaimana wajah cantik dan tampan mereka telah menjadi santapan cacing dan serangga, istri dan anak mereka menjadi yatim dan terpuruk dalam kemiskinan, hari-hari mereka berlalu dengan penderitaan, kekayaan mereka telah lenyap. Kenanglah masing- masing orang demi orang. Tafakurilah bagaimana kematian menyerang mereka secara tiba-tiba tanpa peringatan sedikit pun dan bagaimana ketidaksiapan mereka menghadapi kematian dan akhirat.

Sebagai manusia, tidak sayugia ada perasaan atau cubaan untuk melarikan diri daripada menemui kematian. Ini kerana perasaan dan cubaan tersebut bukan sahaja akan menemui kegagalan malah akan menyebabkan kita terkeluar daripada prinsip keimanan yang telah ditetapkan oleh ajaran agama. Hakikat ini dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya:

قُ‍‍لْ ‌إِنَّ ‌الْمَ‍‍وْتَ ‌الَّذِي تَفِ‍‍ر‍ّ‍‍ُ‍‌ونَ مِ‍‌‍نْ‍‍هُ فَإِنَّ‍‍‍هُ مُلاَ‍قِ‍‍يكُمْ ۖ ثُ‍‍مَّ تُ‍رَ‌دّ‍ُ‍‌ونَ ‌إِلَى‌
عَالِمِ ‌الْ‍‍غَ‍‍‍يْ‍‍بِ ‌وَ‌ال‍‍شَّهَا‌دَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا‌ كُ‍‌‍ن‍‍تُمْ تَعْمَلُونَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Surah: Al Jum’ah: 8)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

أَيْنَمَا‌ تَكُونُو‌ا‌ يُ‍‍دْ‌رِكُّمُ ‌الْمَ‍‍وْتُ ‌وَلَوْ‌ كُ‍‌‍ن‍‍تُمْ فِي بُر‍ُ‍‌وجٍ‌ مُشَيَّدَة
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah An-nisaa: 78)

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, apa guna melakukan solat, kalau masih mahu melakukan kejahatan, dan bukan semua orang yang bersolat itu boleh masuk syurga, tidak bersolat pun boleh masuk syurga, kerana Allah bersifat Maha Penyayang terhadap hambahamba- Nya.

Tidak kurang juga hari ini kita dapat lihat bercambahnya golongan munafik, musyrik, fasik dan lain-lain seperti Muktazilah moden, Jabariyah, Qadyaniah, Syiah dan lain-lain termasuk ajaran sesat yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa yang sebenarnya berleluasa dalam masyarakat.

Ingat mati membuat kita lebih menghargai hidup. Kita akan merasa bersyukur setiap kali bangun di pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala kita. Kita juga bersyukur masih diberikan kesempatan untuk meminta ampun atas dosa-dosa dan kesalahan kita.

Besarnya nikmat kehidupan hanya benar-benar terasa apabila malaikat maut datang menjemput. Pada saat itu, kita akan berharap untuk kembali ke dunia supaya melakukan amalan yang selama ini tidak pernah kita lakukan. Namun permintaan itu tidak akan dilayan apalagi dituruti.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“(Yaitu) Orang yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan bekal untuk menghadapinya. Mereka adalah orang yang paling bijak karena pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.’.”
(Hadith riwayat: Ibnu Majah, Thabrani dan Al Haitsamiy)

Dengan adanya artikel ini semoga boleh menginspirasi kita semua untuk selalu mengingat dosa dan ajal yang tidak pernah kita tahu akan menghampiri kita. Semoga dapat bermanfaat dan berguna bagi kita semuanya.

Renungkanlah, jika buat jahat tidak akan mati, maka teruskan kejahatan dan tunggulah saat kematian yang akan menjenguk diri kita masing-masing. Mulakan hidup ini dengan mempelajari ayat-ayat Allah dalam al-Quran, hadith-hadith baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam  yang merupakan pedoman dan rujukan yang tidak ada di dalamnya sebarang keraguan, bagi yang menerima-pakai kedua-duanya, pasti tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Ibnu Abbas berkata: Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Manfaatkanlah lima hal sebelum lima hal: Masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sehatmu sebelum masa sakitmu, masa kecukupanmu sebelum masa kemiskinanmu, masa luangmu sebelum masa sibukmu, masa hidupmu sebelum masa kematianmu.” (Diriwayatkan oleh Abu Dunya dengan sanad hasan)

Wallahu a'lam bish-shawab

Oleh & Posted: HAR

No comments: