"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

29 October, 2016

Kenapa saya sentiasa Diuji?  Mengapa hidup begitu susah?
Kenapa saya tidak pernah mendapat ini atau itu?
Mengapa?  Mengapa?  Mengapa?

Saya sentiasa bertanya: Mengapa saya diuji?

Al-Quran Menjawab:

أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا آمَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ
وَلَقَد فَتَنَّا الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۖ فَلَيَعلَمَنَّ اللَّهُ الَّذينَ صَدَقوا وَلَيَعلَمَنَّ الكاذِبينَ
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.  (Sūrat Al-`Ankabūt: 2-3)

Saya sentiasa bertanya: Kenapa saya tidak boleh mendapat apa yang saya mahu?

Al-Quran Menjawab:

وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيئًا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖ وَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. Surah Al-Baqarah: 216)

Saya sentiasa bertanya: Mengapa saya dibebani dengan cara ini?

Al-Quran Menjawab:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya”, (Surah Al-Baqarah: 286) dan
إِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا فَإِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”. (Surah Ash-Sharh: 5-6)

Saya sentiasa bertanya: Mengapa saya berputus asa?

Al-Quran Menjawab:

وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu)”. (Surah Al-Imran: 139)

Saya sentiasa bertanya: Bagaimana saya boleh menghadapinya?

Al-Quran Menjawab:

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اصبِروا وَصابِروا وَرابِطوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan tingkatkanlah kesabaran dan waspadalah kamu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung” (Surah Al-Imran: 200) dan
وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلاةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخاشِعينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”; (Surah Al-Baqarah: 45)

Saya sentiasa bertanya: Apa yang saya dapat untuk semua ini?

Al-Quran Menjawab:

إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga”. (Surah At-Taubah: 111)

Saya sentiasa bertanya: Kepada siapakah yang boleh saya bergantung?

Al-Quran Menjawab:

فَإِن تَوَلَّوا فَقُل حَسبِيَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah: "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (Surah At-Taubah: 129)

Saya selalu berkata: Tetapi saya tidak boleh menghadapinya lagi!

Al-Quran Menjawab:

وَلا تَيأَسوا مِن رَوحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لا يَيأَسُ مِن رَوحِ اللَّهِ إِلَّا القَومُ الكافِرونَ
“....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum orang-orang yang kafir". (Surah Yusuf: 87) dan
لا تَقنَطوا مِن رَحمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغفِرُ الذُّنوبَ جَميعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ
 “…janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Az-Zumar: 53)

Semoga coretan ini memberi sedikit manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

Penyumbang dan posted oleh: HAR


No comments: