Duit, makan-minum, harta, ilmu atau jodoh
(suami) akan menjadi bertambah berkat dengan berkongsi dengan mereka yang
hampir dan memerlukan. Ini kerana diriwayatkan daripada Abu Darda RA bahawa
Nabi salallahualaihiwassalam pernah bersabda:
ابغوني
في ضعفائكم
، فإنما
ترزقون - أو
تنصرون – بضعفائكم
“Carilah keredhaan aku dengan
berbuat baik kepada orang yang lemah di kalangan kamu kerana sesungguhnya kamu
diberi rezeki dan pertolongan disebabkan orang-orang yang lemah di kalangan
kamu”. [Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh
Al-Albani]
Dalam riwayat yang lain menyebut
إِنما
ينصُر الله
هذه الأمةَ
بضعيفها
“Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab
pembelaan mereka kepada golongan yang lemah di kalangan mereka”.
Rezeki kita, bukan kerana usaha kita
semata-mata. Boleh jadi kerana doa anak-anak, doa isteri, doa suami, doa
ibubapa, doa anak-anak yatim, janda dan fakir miskin atau mereka yang lemah di
kalangan kita.
Hanya Firaun, Qarun, pemilik kebun (dalam surah al-Kahfi) dan lain-lain yang dimurkai serta golongan yang kufur dan sombong akan berkata ini adalah semata-mata kerana usaha kami sendiri sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
فَإِذَا
جَاءَتْهُمُ الْحَسَنَةُ
قَالُوا لَنَا
هَذِهِ
"Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran,
mereka berkata: "Itu adalah hasil usaha kami." (Surah: Al-Araaf:
131)
Ketika fitrah sudah menyimpang dari iman
kepada Allah, maka ia tidak dapat melihat “tanggan” Allah Subhanahu wa Ta’ala
didalam mengatur dan menguatkuasakan ala ini. Juga tidak dapat melihat
kekuasaan-Nya didalam menciptakan segala sesuatu dan semua peristiwa.
Ada diantara mereka sudah mengingkari
kegaiban dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala masih mengaku “muslim”.
Padahal dia mengingkari prinsip-prinsip keimanan kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala.
Jangan fikir sebab aku mengaji tinggi, dapat 'degree' lalu aku layak mendapat gaji besar dan kaya. Jadi ini hak aku seorang. Kerana itu adalah kata-kata Qarun yang menyebut:
إِنَّمَا
أُوتِيتُهُ عَلَىٰ
عِلْمٍ عِنْدِي
"Sesungguhnya aku hanya diberi
harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." (Surah: Al-Qasas:78)
Ini merupakan ucapan orang yang dirinya
tertipu dan tertutup mata hatinya. Sehingga ia melupakan sumber nikmat itu dan
hikmah nikmat itu, juga terfitnah dengan harta dan dibutakan oleh kekayaan.
Berapa banyaknya manusia yang menyangka bahwa
ilmu dan usaha-nya semata-matalah yang menghasilkan kekayaannya.
Ramai cerdik pandai, gagal dapat kerja. Kita
yang tidak lebih baik dari mereka ada kerja. Ramai orang berijazah tinggi, Phd,
MA tiba-tiba ditimpa musibah tidak boleh kerja, sakit atau mati. Kita masih
hidup dan mendapat jawatan mereka, ini semua rezeki dari Allah sebenarnya untuk
menguji kita sahaja.
هَذَا
مِنْ فَضْلِ
رَبِّي لِيَبْلُوَنِي
أَأَشْكُرُ أَمْ
أَكْفُرُ
"Ini
termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari
(akan nikmat-Nya)." (Surah: An-Naml:40)
Barangsiapa yang bersyukur, maka dia bersyukur
untuk dirinya sendiri. Sehingga, dia akan mendapat tambahan nikmat dari Allah
Subhanahu wa Ta’ala dan pertolongan dalam melewati uijian nikmat dan sukses.
Hidup ini hanya sementara, marilah kita sama-sama berkongsi dan hidup bahagia!
Hidup dengan hati yang tenang, jiwa yang
tenteram, dan langkah yang mantap yang bersemangat mengembang amanat dan penuh
tanggung jawab. Bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala setiap kali mendapat
petunjuk.
Ingatlah, manusia adalah putera bumi ini,
putera alam semesta, yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dari bumi ini,
dan ditempatkan-Nya disini. Kemudian diciptakan pada-Nya rezeki dan penghidupan
untuk mereka.
Berkongsilah rezeki, biarpun sedikit…..
Posted by HAR
Rujukan: Ustaz Emran Ahmad
Tafsir Fi Zilalil Quran
No comments:
Post a Comment