"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

28 November, 2016

Mengumpat & Fitnah
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
"Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar." (Surah An-Nur: 16)

Mengumpat & Fitnah Ditakrifkan

“Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

عن ابي هريرة رضي الله عنه ان ر سول الله قا ل: اتد رون ما الغيبة؟ قا لوا: ذكرك أخاك بما بكره, فقيل: أفر أيت إن كان في اخي ما  أقول؟ قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته, و إن لم يكن فيه ما تقول فقد بهته
“Tahukah kalian apakah ghibah itu? Sahabat menjawab : Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam: berkata : “iaitu engkau menyebutkan sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu”, Nabi Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam: ditanya : Bagaimanakah pendapatmu jika itu memang benar ada padanya? Nabi  Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam: menjawab: “Kalau memang sebenarnya begitu bererti engkau telah mengghibahinya, tetapi jika apa yang kau sebutkan tidak benar maka bererti engkau telah berdusta atasnya” (Muslim no 2589, Abu Dawud no 4874, At-Tirmidzi no 1999 dan lain-lain)

Dalam Al Adzkar (hal. 597), Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan, "Ghibah adalah sesuatu yang amat jelek, namun tersebar dikhalayak ramai. Yang boleh selamat dari tergelincirnya lisan seperti ini hanyalah sedikit. Ghibah memang membicarakan sesuatu yang ada pada orang lain, namun yang diceritakan adalah sesuatu yang ia tidak suka untuk diperdengarkan pada orang lain. Sesuatu yang diceritakan boleh jadi pada badan, agama, dunia, diri, akhlak, bentuk fizikal, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, budak, pakaian, cara jalan, gerak-geri, wajah berseri, kebodohan, wajah cemberutnya, kefasihan lidah, atau segala hal yang berkaitan dengannya. Cara ghibah boleh jadi melakui lisan, tulisan, isyarat, atau bermain isyarat dengan mata, tangan, kepala atau semisal itu.

Hukum ghibah itu diharamkan berdasarkan kata sepakat ulama. Ghibah termasuk dosa besar dalam islam.

Islam adalah agama keamanan, kasih sayang dan belas kasihan. Menipu, syak wasangka, mengumpat, fitnah dan gosip adalah bukan akhlak orang Islam. Malah, mereka dianggap diantara dosa-dosa yang besar. Ini adalah kerana dosa-dosa ini menyemai permusuhan dan perpecahan di kalangan umat Islam (negara) dan membawa kepada kehancuran. Mereka menyebabkan permusuhan antara orang seisi rumah yang sama, dan di antara jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.

Dari Ibnu Mas’ud radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلا اللَّعَّانِ وَلا الْفَاحِشِ وَلا الْبَذِيءِ
"Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, orang yang gemar melaknat, orang yang suka berbuat/berkata-kata keji dan orang yang berkata-kata kotor dan jelek". (Hadith Riwayat  At-Tirmdzi: 1977, al-Bukhary di dalam al-Adab al-Mufrad: 312, Ahmad: I/ 404-405 dan al-Hakim. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih)

Islam menuntut bahawa hubungan kita dengan manusia menjadi salah satu keikhlasan dan tanggungjawab. Ia harus menjadi satu di mana kita menghormati maruah, reputasi dan privasi orang lain. Islam mengajar kita bahawa kita tidak hanya bertanggungjawab atas sikap dan tindakan kita, tetapi juga untuk apa-apa di mana kita tidak mempunyai kawalan atau pengaruh dalam masyarakat kita atau dunia di sekeliling kita.


Allah telah mengharamkan orang-orang mukmin dari Mengumpat

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana sebahgian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". (Surah Al-Hujuraat: 12)

Di ayat ini Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang banyak dari prasangka terhadap kaum mukmin, kerana sebahgian dari prasangka adalah dosa, seperti sangkaan yang kosong dari hakikat dan qarinah (tanda), bersangka buruk yang diiringi dengan ucapan dan perbuatan yang diharamkan, karena bersangka buruk di hati tidak sebatas sampai di situ, bahkan terus menjalar sehingga ia mengatakan kata-kata yang tidak patut dan melakukan perbuatan yang tidak layak dilakukan, disamping sebagai sikap suâuzzhan (bersangka buruk) terhadap seorang muslim, membencinya dan memusuhinya, padahal yang diperintahkan adalah kebalikannya.

Di ayat ini Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang banyak dari prasangka terhadap kaum mukmin, kerana sebahagian dari prasangka adalah dosa, seperti sangkaan yang kosong dari hakikat dan qarinah (tanda), bersangka buruk yang diiringi dengan ucapan dan perbuatan yang diharamkan, karena bersangka buruk di hati tidak sebatas sampai di situ, bahkan terus menjalar sehingga ia mengatakan kata-kata yang tidak patut dan melakukan perbuatan yang tidak layak dilakukan, disamping sebagai sikap suâuzzhan (bersangka buruk) terhadap seorang muslim, membencinya dan memusuhinya, padahal yang diperintahkan adalah kebalikannya.

Selanjutnya Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutkan perumpamaan untuk menjauhkan sesorang dari ghibah (mengumpat).

Sebagaimana kamu tidak suka dan merasa jijik memakan bangkai saudaramu yang sudah mati, maka seperti itulah seharusnya sikap kamu terhadap ghibah (menggunjing saudaramu). Ayat ini menunjukkan ancaman yang keras terhadap ghibah, dan bahwa ghibah termasuk dosa yang besar kerana Allah mengumpamakannya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala Lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Surah Al-Hujuraat: 6)

Ayat ini juga sama menerangkan adab yang harus diperhatikan oleh orang-orang yang berakal, iaitu apabila ada orang fasik yang memberitahukan kepada mereka suatu berita, maka hendaknya mereka menelitinya dan tidak langsung menerima beritanya, karena jika demikian terdapat bahaya yang besar dan terjatuh ke dalam dosa.

 Jika kita berfikir secara mendalam ke atas contoh ini, ia akan mencukupi untuk menjauhkan kita daripada mengumpat!

Mengumpat dan Fitnah adalah dosa-dosa besar dan tidak Boleh Dirawat dengan sikap acuh tak acuh

Sebagaimana yang firmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala: dalam Surah An-Nur ayat 15:

إِذ تَلَقَّونَهُ بِأَلسِنَتِكُم وَتَقولونَ بِأَفواهِكُم ما لَيسَ لَكُم بِهِ عِلمٌ وَتَحسَبونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظيمٌ
“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya”.

Ramai di antara kita mengumpat dan gosip tanpa berfikir. Kita fikir ia adalah satu perkara yang kecil, bagaimanapun, Allah mengingatkan kita untuk berhati-hati, untuk walaupun kita fikir kita melakukan sesuatu yang kecil, ia adalah sebenarnya sangat besar dosanya di sisi Allah!

Apa bila kita merasa tidak merasa berpuas hati, kita kadang-kadang akan ingin meluahkannya kepada teman-teman kita, namun dalam melakukannya perasaan janganlah kita berlebinan dengan memburukkan orang yang kita kurang senangi seperti merekalah manusia yang paling teruk di dalam dunia ini. Berhati-hati ketika bercakap kerama jika tersilap kita akan dipandang negatif dan hanya akan memburukkan diri sendiri kerana kita yang menjaja cerita.

Jadi, berwaspada juga kepada siapa kita ingin meluankan perasaan kerana orang itu mungkin akan menyampaikan kepada yang lain dan keadaan menungkin akan menjadi betambah buruk.

Allah mengajar kita agar tidak melakukan fitnah dan hentikan perbuatan itu.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَوْلاَ‌ ‌إِ‌ذْ‌ سَمِعْتُم‍‍ُ‍وهُ قُ‍‍لْتُمْ مَا‌ يَك‍‍ُ‍ونُ لَنَ‍‍ا‌ ‌أَ‌نْ نَتَكَلَّمَ بِهَذَ‌ا‌ سُ‍‍بْ‍‍حَانَكَ هَذَ‌ا‌ بُهْت‍‍َ‍انٌ عَ‍‍ظِ‍‍يمٌ
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". (Surah  An-Nur: 16)

Semestinya, ketika mendengar berita bohong itu, kalian menasihati mereka agar tidak melakukan tuduhan kerana hal itu tidak pantas buat kalian. Semestinya pula kalian hairan terhadap kebohongan yang sangat hina dan berbahaya yang mereka perbuat itu.

Ramai orang begitu sibuk untuk menyebarkan fitnah yang mereka dengar dan mereka tidak berhenti untuk mempertimbankan sama ada ia benar atau tidak dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama  mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud:

وَ‌الْفِتْنَةُ ‌أَشَدُّ‌ مِنَ ‌الْ‍‍قَ‍‍تْلِ
“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya”. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

هَمّازٍ مَشّاءٍ بِنَميمٍ ,وَلا تُطِع كُلَّ حَلّافٍ مَهينٍ
"Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)".  (Surah: Al-Qalam 10-11)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:

Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah”. (Hadith Riwayat: Muslim)

Ramai orang begitu sibuk menyebarkan fitnah yang mereka dengar dan mereka tidak berhenti untuk mempertimbangkan sama ada ia benar atau tidak.


Syaitan mengharapkan agar kita mengunakan lidah kita untuk mewujudkan konflik dan kebencian

Sebagaiman Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al-Israa’ ayat 53:

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنْسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا
“Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia”.

Hal ini termasuk kelembutan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada hamba-hamba-Nya, di mana Dia memerintahkan mereka melakukan akhlak yang terbaik, demikian pula amal dan ucapan yang terbaik yang dapat membawa mereka kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Perkataan yang lebih baik di sini mencakup semua perkataan yang mendekatkan diri kepada Allah, baik berupa membaca Al-Quran, dzikrullah, menyampaikan ilmu, beramar maaruf dan bernahi munkar, dan ucapan yang lembut kepada manusia. Ayat ini juga menunjukkan, bahawa apabila kita dihadapkan dua perkara yang baik, maka kita diperintahkan mengutamakan yang lebih baik di antara keduanya jika tidak memungkinkan menggabung keduanya. Manfaat perkataan yang lebih baik adalah kerana ia mengajak kepada setiap akhlak yang mulia dan amal yang soleh, di mana orang yang mampu menguasai lisannya, maka dia memampu menguasai semua urusannya.

Adakah kita jatuh ke dalam perangkap Syaitan? Kita semua boleh menganalisis diri kita untuk melihat jika ini adalah kes itu. Sekarang mari kita bandingkan bahawa apa yang Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam  berkata tentang mengumpat:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman didalam Quran:

لَ‍قَ‍‍‍دْ‌ ك‍‍َ‍انَ لَكُمْ فِي ‌‍رَس‍‍ُ‍ولِ ‌اللَّ‍‍هِ ‌أُسْوَةٌ حَسَنَة ٌ‌ لِمَ‍‌‍نْ ك‍‍َ‍انَ يَرْجُو‌ ‌اللَّ‍‍هَ ‌وَ‌الْيَ‍‍وْمَ ‌الآ‍‍خِ‍‍‍ر‍َ‍‌ ‌وَ‌ذَكَ‍رَ‌ ‌اللَّ‍‍هَ كَثِي‍‍ر‌اً
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzab: 21)

Dalam Islam juga kita disuruh menjaga lidah kita

Daripada Sahl bin Sa’ad dia berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

وعن سهل بن سعد، قَالَ: قَالَ رسُولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم: «مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الجَنَّةَ» متفق عَلَيْهِ
“Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.” (Riwayat Al-Bukhari, dan tidak ditemui dalam sahih Muslim)

Rasulullah memberi satu kiasan di dalam hendak mengingatkan umat Baginda supaya menjaga lidah. Baginda mengatakan ‘Barangsiapa yang dapat menjaga apa yang berada di antara dua rahangnya’ iaitu lidahnya, ‘dan apa yang berada di antara dua kakinya’ iaitu kemaluannya, ‘maka aku menjamin untuknya Syurga’.

Persoalan, kenapa Rasulullah tidak terus kata ‘Barangsiapa yang menjamin untukku lidah dan kemaluannya’? Kenapa Baginda berkias? Tujuannya adalah supaya kita ambil perhatian, supaya kita berfikir. Sebab kalau ucapan itu dimudahkan, orang akan mengambil mudah. Kita bagi contoh, kalau kita nak orang itu ambil perhatian apa yang kita pesan kepadanya, “Mat, kalau engkau nak buat sesuatu, gunakan apa yang ada di antara dua telinga engkau.” Orang itu akan fikir, di antara dua telinga ada apa?

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه: أنَّه سمع النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – يقول: «إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بالكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ والمَغْرِبِ» متفق عَلَيْهِ.
“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menunjukkan beratnya hasil buruk yang diperolehi oleh seseorang akibat tidak menjaga lidah, akibat mengucapkan satu perkara yang tidak baik. Hanya satu perkataan menyebabkan dia masuk ke dalam api Neraka yang jarak kedalamannya lebih jauh daripada timur dan barat.(menunjukkan bahawa Neraka ada peringkatnya).

Seorang Muslim dapat ditakrifkan sebagai seorang yang konsekuen beramal dan bersikap hidup sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata:

وعن أَبي موسى – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ أَيُّ المُسْلمِينَ أفْضَلُ؟ قَالَ: «مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ» متفق عَلَيْهِ
Aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari kejahatan lidah dan tangannya.” (Hadith Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Mengejek orang di hadapan mereka dengan membuat ekspresi muka negatif atau dengan isyarat tangan tanpa disedari juga satu bentuk ghibah.

Kita perlu berhati-hati dalam pertuturan agar tak terlepas cakap

Daripada Abu Sa'id al-khudri r.a Nabi Shallallahu 'alaihi wassallam maksudnya:

"Apabila anak Adam bangun diwaktu pagi, seluruh anggota badannya memberi amaran kepada lidah dengan berkata: Bertaqwalah engkau kepada Allah tentang kami kerana sesungguhnya kami sebahagian daripada engkau. Jika engkau lurus, kami pun lurus. Jika kau bengkok, kami pun bengok. (Hadith Riwayat: At-Termidzi)

Kini,, sudah ada banyak keadaan dimana tanggan sudah mengambil alih peranan lidah. Makin ramai orang selesa dengan computer/laptop dan telepon bimbit yang canggih untuk mengeji, dan mencemuh; peranan yang pada suatu ketika dulu biasanya dilontarkan oleh lidah. Era jalur lebar (internet) ini boleh membolehkan maklumat dan fitnah tersebar luas dalam masa yang amat singkat. Ia lebih pantas daripada apa yang terhambur dari lidah.

Mengumpat dan fitnah begitu meluas sehingga ia telah menjadi topik perbualan atau perjumpaan manusia dan ruang untuk meluahkan perasaan marah, ragu-ragu dan iri hati mereka. Mereka yang menikmati mengumpat yang sedar hakikatnya hanya akan merosakkan diri mereka sendiri. Ini adalah kerana pada hari kiamat, kedua-dua pesalah dan menganiaya akan berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.  Allah akan memberi orang yang menganiaya dari perbuatan-perbuatan yang baiknya kepadanya orang yang dianiaya oleh mengumpat atau ketidakadilan nya.

Kita manusia dikurniakan akal fikiran yang waras, jadi gunakan ia sebaiknya. Jangan guna akal kita untuk menjalankan misi-misi menjatuhkan orang lain dengan menyebar fitnah. Jangan mudah percaya sesuatu perkara sehingga ia terbukti benar, kerana bimbang kelak ia adalah fitnah.

Islam mengajar kita bahawa jika orang yang dicemuh atau mengumpat di hadapan kita, kita perlu mempertahankan maruah mereka. Jika kita mengabaikan berbuat demikian, kita menghadapi risiko menafikan diri kita bantuan yang sentiasa diperlukan dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam berkat: "Jika saudara Muslim lelaki yang difitnah di hadapan-Nya, dan dia mampu mempertahankan dia dan berbuat demikian, maka Allah akan membelanya di dunia dan di akhirat. Tetapi jika dia gagal untuk mempertahankan beliau, Allah akan membinasakannya di dunia ini dan seterusnya”. "(Al-Baghawi)

Apa yang kita akan lakukan pada masa akan datang bila kita terdorong untuk mengumpat, atau jika kita mendengar fitnah di hadapan kita? Pilihan di tangan kita. Hati-hati sahabat, boleh jadi cerita kamu sebarkan itu tidak benar maka kamu diklasifikasikan sebagai penyebar fitnah.

“Orang yang mengumpat ini pengecut dan tidak ada maruah, hati kotor dan buruk akhlaknya….

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memelihara dan menjauhkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukai-Nya.

Sumbangan oleh: Dewey Rahim Zaini
Terjemahan Al-Quran: mysurah.my
Tafsir: tafsiq.org
Posted and graphic by: HAR

25 November, 2016

SETIAP ORANG MEMPUNYAI SAHABAT
TETAP DARIPADA KALANGAN JIN


Adakah apa-apa dalam Islam yang dipanggil Qarin atau Jin? Saya ingin tahu sama ada saya mempunyai Qarin. Apa yang Islam mengatakan tentang perkara ini, atau adakah ia tidak wujud sama sekali?

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ya, ada sesuatu yang dipanggil Qarin atau Jin.  Qarin berasal dari bahasa Arab "Qoriin" yang bererti "teman atau sahabat" (kamus Al Munawwar hal. 1114). Setiap manusia pasti ditemani teman atau sahabat yang akrab dan dekat disebut Qarin. Qarin ini menolak seseorang melakukan perkara-perkara kejahatan dan menderhaka Allah, kecuali Nabi (keamanan dan rahmat Allah ke atasnya), seperti dijelaskan dalam hadith  dibawah ini.

Ibn Mas’ud menceritakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, bersabda yang artinya: “Tidaklah salah seorang dari kalian melainkan ada pendampingnya dari golongan jin.” Mereka bertanya, “Juga padamu, Ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, hanya saja aku telah mendapat perlindungan dari Allah sehingga aku selamat. Ia tidak memerintahkan aku kecuali kebaikan.” (Hadith Riwayat:  Muslim).

Ath-Thabarani rahimahullah  mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, yang artinya: Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, Ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .(Hadith Riwayat: Ibnu Hibban).

Ibn Mas’ud meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, yang artinya: “Setiap anak Adam mempunyai kelompok, dan bagi malaikat ada kelompok dengan anak Adam. Kelompok syaitan mengajak kepada kejahatan dan mendustakan yang hak, adapun kelompok malaikat mengajak kepada kebaikan dan membenarkan yang hak. Barang siapa yang mendapatkan yang demikian itu, maka ketahuilah bahwa itu dari Allah dan pujilah Allah, dan barang siapa yang mendapatkan selain itu, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, kemudian ia membaca asy-syaithanu ya’idukumul-faqra wa ya’murukum bil-fahsya’.”(Hadith Riwayat: Tirmidzi).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَ‍‍‍الَ قَ‍‍‍رِينُ‍‍هُ ‌‍رَبَّنَا‌ مَ‍‍ا‌ ‌أَ‍‍طْ‍‍‍‍‍غَ‍‍يْتُ‍‍هُ ‌وَلَكِ‍‌‍نْ ك‍‍َ‍انَ فِي ضَ‍‍لاَل ٍ‌ بَعِيدٍ
 (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata:  "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh".(surah Qaf: 27)

(Yang menyertai dia berkata) yakni setannya mengatakan: ("Ya Rabb kami! Aku tidak menyesatkannya) kami tidak membuatnya sesat (tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh") lalu kami mengajaknya dan ternyata ia memenuhi ajakanku. Sedangkan dia menjawab, "Syaitanlah yang menyesatkan aku", iaitu melalui ajakannya. ((tafsir-jalalayn). Ini bermakna, dia sesat didalam dirinya kerana dengan mudah menerima perkara yang salah kepada kebenaran.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

قَ‍‍‍الَ لاَ‌ تَ‍‍خْ‍‍تَ‍‍صِ‍‍مُو‌ا‌ لَدَيَّ ‌وَ‍قَ‍‍‍دْ‌ قَ‍‍دَّمْتُ ‌إِلَيْكُمْ بِ‍الْوَعِيدِ
 "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah)”. (Surah Qaf: 28)

("Janganlah kalian bertengkar di hadapan-Ku) maksudnya, tiada gunanya pertengkaran kalian di sini (padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberikan kepada kalian) sewaktu kalian hidup di dunia (ancaman) akan adanya azab di akhirat jika kalian tidak beriman, dan ini merupakan suatu kepastian yang tidak dapat dihindari lagi. (tafsir-jalalayn)

Dan seterusnya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:

مَا‌ يُبَدَّلُ ‌الْ‍‍قَ‍‍‍وْلُ لَدَيَّ ‌وَمَ‍‍ا‌ ‌أَنَا‌ بِ‍‍ظَ‍‍لاَّم‍ٍ‌ لِلْعَبِيدِ
"KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu" (Surah Qaf: 29)

(Tidaklah dapat diganti) diubah (keputusan yang ada di sisi-Ku) mengenai hal tersebut (dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku) iaitu dengan cara Aku mengazab mereka tanpa dosa; lafal Zhallaamin bermakna seperti lafal Dzuu Zhulmin iaitu menganiaya. (tafsir jalalayn)

Demikian itu karena ada firman lainnya yang mengatakan, "Tidak ada yang dianiaya pada hari ini." (Q.S. Al-Mukmin, 17) 40

Sapertimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقالَ الشَّيطانُ لَمّا قُضِيَ الأَمرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُم وَعدَ الحَقِّ وَوَعَدتُكُم فَأَخلَفتُكُم ۖ وَما كانَ لِيَ عَلَيكُم مِن سُلطانٍ إِلّا أَن دَعَوتُكُم فَاستَجَبتُم لي ۖ فَلا تَلوموني وَلوموا أَنفُسَكُم ۖ ما أَنا بِمُصرِخِكُم وَما أَنتُم بِمُصرِخِيَّ ۖ إِنّي كَفَرتُ بِما أَشرَكتُمونِ مِن قَبلُ ۗ إِنَّ الظّالِمينَ لَهُم عَذابٌ أَليمٌ
“Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu punsekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih”. (Surah Ibrahim: 22)

Kerana setiap insan (manusia) tidak boleh lepas dari qorin (syaitan yang terus menemaninya tadi) lalu membisikkan agar ia melakukan perbuatan keji. Syaitan akan berusaha melalaikan manusia ketika ia lalai dari Allah. Yang selamat dari gangguannya adalah orang yang mendapatkan perlindungan dari Allah Ta’ala. 

Sebagaimana terdapat dalam hadits yang shahih, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ ». قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « وَإِيَّاىَ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِى عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِى إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Tidaklah seorang pun dari kalian melainkan dikuasai pendamping dari kalangan jin.” Mereka bertanya, “Apakah engkau juga, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Aku juga termasuk, hanya saja Allah membantuku mengalahkannya lalu ia masuk Islam. Ia hanya memerintahkan kebaikan padaku.” (Hadith Riwayat: Muslim no. 2814, dari ‘Abdullah bin Mas’ud).

Begitu juga terdapat hadith shahih dari Anas mengenai kisah Shofiyah yang mengunjungi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan saat itu beliau sedang i’tikaf. Ketika itu beliau keluar bersama Shofiyah karena waktu itu malam hari untuk menemaninya ke rumahnya. Di tengah jalan, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ditemui oleh dua orang Anshor. Ketika mereka berdua melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka lantas berjalan dengan cepatnya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda:

عَلَى رِسْلِكُمَا إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَىٍّ » . فَقَالاَ سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ « إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ ، وَإِنِّى خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِى قُلُوبِكُمَا سُوءًا – أَوْ قَالَ – شَيْئًا »
“Hendaklah kalian pelan-pelan saja jalannya. Ini adalah Shofiyah binti Huyay (istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam).” Mereka berdua pun lantas mengatakan, “Subhanallah (Maha Suci Allah), wahai Rasulullah.”  Beliau lantas bersabda, “Sesungguhnya syaithon mengalir dalam diri manusia di tempat mengalirnya darah. Aku sungguh khawatir jika kejelekan telah merasuk ke dalam hati-hati kalian.” (Hadith Riwayat: Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175, dari Shofiyah binti Huyay)

Imam Al-Nawawi rahimahullah masuk  di dalam bab yang dipanggil: Baab Tahreesh al-syaitan wa Ba'thihi Saraayaahu li Fitnat il-Naas wa anna kulli ma'a insaanin Qarin (Bab pada yang buruk dari syaitan dan beliau menghantar tenteranya untuk menggoda rakyat, dan hakikat bahawa terdapat jin-sahabat dengan setiap manusia).

Iman Al-Nawawi rahimullah berkata:

"Fa aslamu (dan saya selamat daripadanya) atau fa aslama (dan dia menjadi Muslim). Ini adalah dua versi yang terkenal. Satu bermaksud 'dan saya selamat daripadanya kejahatan dan godaan-nya. Yang lain bermakna' Qarin itu menjadi Islam dan menjadi seorang yang beriman, justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.

Terdapat beberapa pertikaian ilmiah tentang bentuk perkataan. Al-Khattaabi berkata perkataan itu Fa aslamu (dan saya selamat daripadanya); al-qadhi 'Iyaad berkata bahawa ia adalah fa aslama  (dan dia menjadi Muslim), yang lebih betul, kerana hadith yang berkata,' jadi dia hanya menyuruh saya untuk melakukan apa yang baik.

Mereka juga mempertikaikan tentang makna perkataan fa aslama. Ada yang berkata bahawa ia bermakna bahawa dia (Qarin itu) mengemukakan dan menyerah diri, kerana ianya telah disampaikan di tempat lain dalam Shahih Muslim fa astaslama  [dia berputus asa dan menyerah diri]. Ada juga telah mencadangkan bahawa ia bermakna bahawa dia telah memeluk Islam dan orang yang beriman. Yang terakhir ini adalah makna yang jelas. Al-Qadhi berkata: Perhatikan bahawa ummah itu sebulat suara bersetuju bahawa Nabi (keamanan dan rahmat Allah ke atasnya) telah dilindungi dari syaitan di segi fizikal, mental dan dengan mengambil kira apa yang dia katakan. Hadits ini mengandungi amaran terhadap godaan  Qarin dan bisikan dan godaan-godaannya. Kita tahu bahawa dia bersama kita jadi kita harus berhati-hati dengan dia seberapa banyak yang mungkin.  (Syarah Muslim, 17/157, 158)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam  telah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang sembahyang, janganlah membiarkan seorang pun yang melintasi di hadapannya. Sekiranya ada orang yang melintas maka hendaklah dia menghalang semampunya. Sekiranya halangan tersebut tidak dihiraukan maka hendaklah dia membunuhnya kerana sesungguhnya orang tersebut adalah syaitan (Sahih Bukhari, Muslim)

Muhammad Al-Shawkani rahimullah berkata:

"Ungkapan 'oleh kerana ada Qarin bersamanya'- menurut al-Qaamoos ( kamus Bahasa Arab) perkataan Qarin merujuk kepada seorang teman; syaitan sentiasa mengiringi manusia dan tidak pernah meninggalkan dia. Ini adalah apa yang disebut di sini. "

Kesimpulannya: Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu :

هؤلاء المؤمنين يمكن أن تضعف الشيطان واحدا منكم إضعاف دور حصانه في العبور
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya didalam perjalanan" .

Melawan Syaitan bukan perkara mudah, karena selain wujudnya tidak boleh dijangkau indera, ia juga boleh menjelma dalam bentuk jin dan manusia. Namun demikian bukanlah hal mustahil kita boleh mengalahkan Syaitan.

Senantiasa memohon perlindungan kepada Allah SWT agar diberikan keistiqomahan dalam menapaki jalan-Nya.

wallahu a'lam bish-shawabi

Sumbangan: Dewey Rahim zaini
Muroja'ah: Ustaz Tuan Hj. Ridhuan
Posted by: HAR

21 November, 2016

KEBAIKAN DAN KEDUDUKAN
KUCHING DALAM ISLAM

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam amat penyayang dan baik hati terhadap kuching. Baginda Nabi sallallahu alaihi wa sallam memiliki seekor kucing kegemarannya yang diberi nama Mueeza. Terdapat kisah yang terkenal mengenai Baginda Nabi sallallahu alaihi wa sallam dan Mueeza. Dalam banyak hadith, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam  juga menjelaskan kedudukan kucing dalam Islam. Bahawa kucing itu tidak najis, ia termasuk perhiasan rumah, bahkan disebut sebagai bahgian dari “keluarga” kerana selalu berkeliaran di rumah.

Diceritakan dalam suatu kisah,  dikala Baginda Nabi sallallahu alaihi wa sallam hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepala kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali.  Inilah bukti bahwa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam adalah seseorang yang memiliki hati dan sikap yang lembut dan penyayang.

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam begitu sayang terhadap kucing beliau bahawa semasa dia memberi khutbah dirumahnya Baginda membiarkan Muezza rehat di atas ribanya. Rasullullah sallallahu alaihi wa sallam juga melakukan wuduk dari air yang sama yang telah diminum oleh kucing. Rasullullah sallallahu alaihi wa sallam  merawat kuching nya seolah-olah  dengan cara yang sama seperti pencinta kucing yang hari ini tetapi juga pencinta kucing mungkin berfikir dua kali untuk mengunakan air yang sama yang telah diminum oleh kucing kerana takut penyebaran penyakit daripada air liur kucing.

Salah satu sifat dari kucingnya yang Baginda Nabi sallallahu alaihi wa sallam suka ialah sang kucing selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah merespon lantunan adzan yang dikumandangkan.

Umat Islam mengajar umat Islamnya untuk menjaga kucing dengan baik dan bahawa kucing adalah makhluk yang perlu dihargai dan disayangi. Mendera kucing dianggap sebagai dosa besar dalam Islam.

Kucing mengikut Qur`an dan As-Sunnah

Satu contoh bagaimana seorang wanita dihukum kerana mendera kucing boleh didapati dalam `hadith. Hadis riwayat Abdullah bin Umar raliyallahu anhu., bahwa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, bersabda:

“Seorang wanita disiksa karena mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masukkan kedalam neraka  karena ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Shahih Muslim No.4160).

Adalah dipercayai bahawa anda tidak akan mengalami kemudaratan jika anda minum air lebihan kucing dengan syarat tidak ada kekotoran yang dilihat di dalam mulut kucing. Dalam cerita yang lain dari hadith, telah dinyatakan bahawa apabila seekor kucing telah memakan puding yang diletakkan dilantai semasa seseorang sedang mengerjakan solat, apabila selesai solat, orang itu memakan puding bermula dari bekas gigitan kucing dan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam berkata ini adalah tidak mengapa kerana kucing itu tidak najis dan “ia salah satu daripada orang-orang yang berkeliling di kalangan kita

Dawud ibn Salih ibn Dinar at-Tammar memetik ibunya sebagai berkata bahawa perempuan simpanan nya menghantar sedikit puding (harisah) kepada Aisha yang sedang mendirikan solat. Dia memberi isyarat kepada saya untuk meletakkan ke bawah. Seekor kucing datang dan memakan sebahagian daripadanya, tetapi apabila Aisha selesai solat, dia makan pudding itu tadi dari tempat di mana kucing itu telah makan. Beliau menyatakan: “Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam berkata:” Ia tidak najis: ia adalah salah satu dari orang-orang yang berkeliling di antara kamu. Beliau menambah: “Aku melihat Rasulullah berwuduk daripada air yang telah diminum kucing. (Hadis Riwayat: Abu Dawud),

Dari Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

“Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita.” (Hadith Riwayat: At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam mengajar umatnya berkaitan perhubungan dengan kucing:

1.   Kuching itu tidak harus dijual atau diperdagangkan

Dalil larangan jual beli kucing adalah hadits-hadits berikut ini.
Dari Abu Az Zubair, beliau berkata bahwa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing.” (HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Juga dari Jabir, beliau berkata,
قَالَ زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ.
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini.” (Hadith Riwayat: Muslim No.1569)

Memang ada perselisihan pendapat dalam masalah ini, sebahgian ulama memperbolehkan jual beli haiwan ini kerana adanya kegunaan untuk memburu tikus, cicak, dan lainnya. Namun berdasarkan hadits-hadits di atas di atas ulama lain semacam Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad melarang secara mutlak penjualan kucing.

2.   Air liur kucing tidak berbahaya melainkan jika kucing mempunyai “kekotoran kelihatan” di dalam mulut:

Yahya meriwayatkan dari Malik dari Ishaq bin Abdullah bin Abi Thalhah dari Humayda binti Abu Ubaidah ibn Farwa bahawa ibu sebelah ibunya Kabsha binti Kab bin Malik, yang merupakan isteri kepada anak Abu Qatadah al-Ansari, memberitahunya bahawa apabila Abu Qatadah adalah melawat beliau dan dia mencurahkan sedikit air untuk dia melakukan wudhu. Kemudian kucing  datang dan meminumkan daripadanya, maka dia menarik takungan tersebut ke arahnya kuching untuk membiarkan ia minum. Kabsha menyambung, "Dia melihat saya melihatkan dia dan berkata, 'Adakah kamu merasa hairan, anak saudaraku?' Saya berkata 'ya.' Beliau menjawab bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,  berkata, kucing adalah suci. Mereka bergaul dengan kamu."

Yahya berkata bahawa Malik berkata, “Tidak akan ada keburukan melainkan jika seseorang itu melihat kekotoran di mulut kucing.” (Hadith Riwayat: Malik)

Humaidah binti Ubaid bin Rifa'ah meriwayatkan:
Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum). (Hadith Riwayat: At-Termidzi)

3.   Umat Islam adalah bebas untuk hidup dengan kucing tetapi mereka perlu menjaga kucing dengan baik, menyediakan kucing dengan air dan makanan yang cukup dan memberikan kebebasan pergerakan.

Dalam banyak hadith, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menjelaskan kedudukan kucing dalam Islam. Bahawa kucing itu tidak najis, ia termasuk perhiasan rumah, bahkan disebut sebagai bahgian dari “keluarga” kerana selalu berkeliaran di rumah. Antaranya:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawa:

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

الْهِرَّةُ لَا تَقْطَعُ الصَّلَاةَ لِأَنَّهَا مِنْ مَتَاعِ الْبَيْتِ
"Kucing tidak memutus (membatalkan) shalat, karena ia termasuk perhiasan rumah." (Hadith Riwayat: Ibnu Majah)

كُنْتُ أَتَوَضَّأُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ قَدْ أَصَابَتْ مِنْهُ الْهِرَّةُ قَبْلَ ذَلِكَ
"Aku (Aisyah) dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwudhu dari satu bejana yang sebelumnya telah dijilat kucing." (Hadith Riwayat: Ibnu Majah)

السِّنَّوْرُ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ وَإِنَّهُ مِنْ الطَّوَّافِينَ أَوْ الطَّوَّافَاتِ عَلَيْكُمْ
"Kucing termasuk keluarga dan ia memang haiwan-haiwan yang suka berkeliaran diantara kalian." (Hadith Riwayat: Ahmad)

"Satu perbuatan baik yang dilakukan kepada haiwan seperti berjasa baik yang dilakukan kepada manusia, manakala tindakan kekejaman terhadap haiwan sebagai tindakan kekejaman terhadap manusia"'

Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu  adalah seorang sahabat dengan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan telah menyampaikan banyak hadith, atau kata-kata Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, daripada mana-mana sahabat lain. Beliau telah dikenali sebagai seorang yang sangat bersimpati dan penyayang terhadap haiwan sehinggakan walaupun namanya adalah `Abdur-Rahman, beliau dikenali sebagai Abu Hurairah, yang bermaksud" bapa kepada anak kucing itu.  Hingga suatu ketika ia bertemu Rasulullah dan seekor kucing turut serta di balik lengan jubahnya. Rasulullah pun kemudian memanggilnya “Abu Hirrin” yang dari nama ini kemudian orang-orang memanggilnya “Abu Hurairah”.

KESIMPULANNYA: Kuching bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Justeru, kehadiran kuching bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat didunia sahaja. Kuching dianggap sebagai "tuan rumah" sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam diatas. Ini bererti kuching bukan hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu. Ia adalah ujian Allah Subhanahu wa Ta'ala buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti.


SEBAB KUCING DATANG PADA KITA

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan. Allah maha mampu memberi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang beritahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah berikan kepada kita. Rezeki itu luas bukan hanya pada uang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan karena haiwan tak pandai mengucapkan terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Demikianlah 3 sebab mengapa kucing datang mendatangi kita, bukan tanpa maksud dan sebab. Mereka datang atas kehendak Allah. Dan betapa ruginya jika kita menolak memberi makan kucing tersebut, itu sama artinya dengan kita menolak rezeki pemberian dari Allah yang diberikan kepada kita.

Semoga kita selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. 

Wallahu A'lam Bishawab

Sumbangan and Posted oleh: HAR
Terjemahan Al-Quran: http://transliteration.org/