"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

13 November, 2016

Saya ingin lebih dekat dengan Allah,  tetapi tidak tahu bagaimana?

(Kadang-kadang orang berfikir mahu untuk berada dekat dengan Allah, tetapi keinginan tidak cukup kuat).


Orang yang mengkhususkan diri untuk beribadah kepada Allah hendaknya tidak bergaul dengan orang-orang yang jahat, bodoh dan suka berbuat tercela, sebab perilaku mereka akan mempengaruhi hati dan memadamkan cahaya bashirah-nya (penglihatan lahir).

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah merekaitu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. (Surah Al-Baqarah: 186)

Sebagai umat Islam kita percaya dengan Firman Allah, patutkah kita tidak mempercayai ayat yang tersebut diatas?  Sudah tentu kita mahu percaya, tetapi apa yang benar-benar menghalang kita untuk beriman dalam hati kita dan perasaan itu apabila kita membuat doa?

Jika kita boleh bayangkan terdapat pemandangan yang indah di hadapan kita, tetapi ada juga tirai atau tabir antara kita dengan pemandangan. Kita boleh melihat keindahan di sudut yang lain, tetapi tidak semua. Kita mahu melihatkan itu semua, tetapi kita terus duduk di tempat kita dan tidak bangun untuk bergerak menyelakkan tirai  supaya kita boleh mempunyai pandangan yang penuh.

Langkah-kangkah untuk membukakan tirai kita perlu:

1.   Perlu ada keinginan.
2.   Pengetahuan
3.   Sentiasa dibuka penuh untuk tatapan setiap masa

Kadang-kadang orang berfikir mahu untuk berada dekat dengan Allah, tetapi keinginan tidak cukup kuat. Iman adalah seperti benih. Ia mesti ditanam di tanah yang subur dan disiram dengan air. Ia adalah satu proses yang akan mengambil masa dan kesungguhan.

Sebagai permulaan, yang penting kita mesti bertakwa kepada Allah yang telah menetapkan kepada kita, yang merupakan ketaatan dan ibadah. Ini adalah langkah pertama untuk  mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dalam sebuah hadits Qudsi Nabi melaporkan bahawa Allah Ta’ berfirman:

عَنْ أَبِـيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللّـهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَـى قَالَ : مَنْ عَادَى لِـيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْـحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَـيَّ مِمَّـا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَـيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِيْ لَأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِـيْ لَأُعِيْذَنَّهُ.
”Sesungguhnya Subhanahu wa Ta'ala berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengumumkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya". (Hadith Riwayat: Bukhari)

Ketika melaksanakan ibadah yang betul, seseorang itu perlu memilih cara yang lebih dekat kepada takwa dan kebenaran yang disebut dalam hadith; langkah utama untuk mendapatkan lebih dekat kepada-Nya Yang Maha Kuasa. Orang yang mempunyai taqwa atau ketaqwaan, adalah orang yang lebih dahulu berbuat baik dan mahu menjadi lebih dahulu daripada orang lain dalam kebaikan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ ,أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ ,وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
“Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah. Berada dalam jannah kenikmatan”. (Surah Al-Waqiah: 10-12)

Dia ingat kerendahan hatinya di hadapan Allah, dan tahu dia boleh memanggil kepada-Nya dengan harapan dan ketakutan. Ia ingin lebih mendekatkan diri kepada-Nya.

Didalam surah Al-A’raf ayat 55-56 Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ 
وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ   
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik".

Sememangnya, orang ini juga tahu bahawa amal jariah adalah cara lain untuk membawa dia lebih dekat dengan Penciptanya, Allah mengasihi orang-orang yang memberi kepada yang memerlukan dari harta mereka dan membenci bakhil dengan pelit (Kedekut).

Dalam sebuah hadits Qudsi Nabi melaporkan bahawa Allah berfirman,

"Hai, anak Adam! Aku minta makan kepada mu, mengapa kamu tidak memberi Ku makan?" Jawab anak Adam, "Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Firman Allah Ta'ala, "Apakah kamu tidak tahu, bahawa hamba Ku si Fulan minta makan kepada mu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi Ku?"

"Hai, anak Adam! Aku minta minum kepada mu, mengapa kamu tidak memberi Ku minum?" Jawab anak Adam, "Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Firman Allah Ta'ala, "Hamba Ku si Fulan minta minum kepada mu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah, seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi Ku." (Hadith Sahih Muslim Jilid 4. No. 2201).

Orang ini melakukan semua perbuatan betul untuk membawa dirinya lebih dekat dengan Penciptanya. Jika dia melakukan semua ini dan masih tidak berasa dekat dengan Allah sebagaimana dia mahu  maka dia perlu melihat disekitarannya dan mereka yang dia bergaul/berkawan dan keadaan gaya hidupnya. Adakah rakan-rakannya lalai dengan Allah dan sering melibatkan diri dengan bicara yang sia-sia atau aktiviti-aktiviti yang tidak suka Allah ta’ala?

Adakah ahli-ahli keluarganya sibuk menghabiskan sebahagian besar masa mereka di rumah di depan TV menonton program yang dimurkai oleh Allah dan dia menyertai dengan mereka sekali?

Adakah rakan-rakan dan keluarga punca kelemahannya dalam agama? Adakah dia berpakaian sesuai dengan ketentuan syariat islam dalam kehidupan sehari-harinya?

Kawan mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri kita. Kita harus mengambil iktibar yang betul untuk memilih kawan sebagai kawan rapat. Mengetahui kecenderungan kita kepada orang-orang dan kehidupan duniawi, Allah memberi amaran kepada kita supaya jangan menyimpang dari agama Islam.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
“Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi” (Surah Al-Munafiqun: 9)

Semua tindakan mesti membawa kepada penyucian hati  yang dibenci oleh Allah. Ini mungkin tidak mudah, terutama bagi generasi muda. Namun mereka harus ingat mereka adalah pembawa obor Islam dan mereka adalah orang-orang yang boleh mempengaruhi rakan-rakan mereka lebih baik daripada orang yang lebih tua. Apa yang lebih berkat adalah mengetahui bahawa dia melakukan sedaya upayanya untuk memenuhi kehendak Penciptanya

Didalam surah Al-Waqi’ah ayat 88-89 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ ,فَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ
"Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta jannah kenikmatan".

Untuk sentiasa berdekatan dengan Allah, di samping cadangan-cadangan di atas, seseorang boleh melibatkan diri dengan banyak zikir atau hati yang tidak lalai dari mengingati Allah.

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ,يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
"Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang". (Surah Al-Ahzab: 41-42)

 Dengan zikirilah seseorang itu dapat membersihkan hati dan dirinya yang sememangnya penuh dengan noda dan dosa. Diri (hati) manusia itu seperti perabut di dalam rumah yang sentiasa terdedah kepada hinggapan debu dan habuk. Maka ia selalulah kena bersih, sapu dan gilap. Alat untuk menyapu, membersih dan mengilap itu ialah ZIKIR. Kalau sembahyang (solat) mencegah kemungkaran, zikir pula mendekat dan merapatkan hamba dengan Tuhannya.

Zikir membuat hati dan fikiran menjadi tenang  dan membawa kepuasan yang bermakna kepada kehidupan seseorang.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hatimereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hatimenjadi tenteram". (Surah Ar-Ra'd: 28)

Rasulullah Shallullahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Tiada satu kaum (kalangan) duduk berzikir mengingati Allah pada suatu majlis, melainkan Malaikat mengelilingi dan rahmat meliputi mereka dan Allah mengingat mereka, termasuk orang (yang dekat) disisiNya." (Hadith Riwayat: Muslim dari Abu Hurairah)

Maka cukuplah memberi alasan bahawa kita tidak dapat mengenal dan mengingati Allah kerana tidak dapat menggambarkan Allah Ta'ala itu bagaimana. Lihat sahaja jasad yang kita miliki, hidup yang kita lalui dan keindahan alam ini, semuanya adalah pemberian dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ingat saja kebesaran dan segala pemberian-Nya, maka kita akan mengingati-Nya. 

Untuk mengakhiri tulisan saya ini, saya mengajak kita fikirkan kembali, siapa yang menghidupkan kita? Siapa yang memberikan jasad kepada kita? Siapa yang memberikan rasa kasih sayang yang kita curahkan pada kekasih kita itu? Siapa yang mewujudkan kekasih kita itu dalam dunia ini? Siapa yang menjadikannya secantik itu? Siapa yang memberikan udara yang sedang kita hirup sekarang? Siapa yang membenarkan kita berpijak pada bumi ini? Siapa yang memberikan tenaga untuk menggerakkan setiap langkah kaki kita? Siapa yang memberikan kita mata untuk melihat? Siapa? Siapa dan siapa??? RENUNG-RENUNGILAH...

Saya percaya bahwa tidak ada cara yang lebih baik untuk mengakhiri pembahasan kita selain daripada membaca tentang bagaimanakah nilai Firman Allah yang diberikan kepada kita.

Antara Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala tentang kewajipan mengingati-Nya:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku". (Surah Al-Baqarah: 152)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak adaTuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku". (Surah Ta-Ha: 14)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (Surah Al-Jumu'ah: 9)

“TAK KENAL MAKA TAK CINTA”

Sumbangan: Cahaya Indah (Dewey)
Posted oleh: HAR

No comments: