"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

28 November, 2016

Mengumpat & Fitnah
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
"Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar." (Surah An-Nur: 16)

Mengumpat & Fitnah Ditakrifkan

“Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

عن ابي هريرة رضي الله عنه ان ر سول الله قا ل: اتد رون ما الغيبة؟ قا لوا: ذكرك أخاك بما بكره, فقيل: أفر أيت إن كان في اخي ما  أقول؟ قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته, و إن لم يكن فيه ما تقول فقد بهته
“Tahukah kalian apakah ghibah itu? Sahabat menjawab : Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam: berkata : “iaitu engkau menyebutkan sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu”, Nabi Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam: ditanya : Bagaimanakah pendapatmu jika itu memang benar ada padanya? Nabi  Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam: menjawab: “Kalau memang sebenarnya begitu bererti engkau telah mengghibahinya, tetapi jika apa yang kau sebutkan tidak benar maka bererti engkau telah berdusta atasnya” (Muslim no 2589, Abu Dawud no 4874, At-Tirmidzi no 1999 dan lain-lain)

Dalam Al Adzkar (hal. 597), Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan, "Ghibah adalah sesuatu yang amat jelek, namun tersebar dikhalayak ramai. Yang boleh selamat dari tergelincirnya lisan seperti ini hanyalah sedikit. Ghibah memang membicarakan sesuatu yang ada pada orang lain, namun yang diceritakan adalah sesuatu yang ia tidak suka untuk diperdengarkan pada orang lain. Sesuatu yang diceritakan boleh jadi pada badan, agama, dunia, diri, akhlak, bentuk fizikal, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, budak, pakaian, cara jalan, gerak-geri, wajah berseri, kebodohan, wajah cemberutnya, kefasihan lidah, atau segala hal yang berkaitan dengannya. Cara ghibah boleh jadi melakui lisan, tulisan, isyarat, atau bermain isyarat dengan mata, tangan, kepala atau semisal itu.

Hukum ghibah itu diharamkan berdasarkan kata sepakat ulama. Ghibah termasuk dosa besar dalam islam.

Islam adalah agama keamanan, kasih sayang dan belas kasihan. Menipu, syak wasangka, mengumpat, fitnah dan gosip adalah bukan akhlak orang Islam. Malah, mereka dianggap diantara dosa-dosa yang besar. Ini adalah kerana dosa-dosa ini menyemai permusuhan dan perpecahan di kalangan umat Islam (negara) dan membawa kepada kehancuran. Mereka menyebabkan permusuhan antara orang seisi rumah yang sama, dan di antara jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.

Dari Ibnu Mas’ud radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلا اللَّعَّانِ وَلا الْفَاحِشِ وَلا الْبَذِيءِ
"Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, orang yang gemar melaknat, orang yang suka berbuat/berkata-kata keji dan orang yang berkata-kata kotor dan jelek". (Hadith Riwayat  At-Tirmdzi: 1977, al-Bukhary di dalam al-Adab al-Mufrad: 312, Ahmad: I/ 404-405 dan al-Hakim. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih)

Islam menuntut bahawa hubungan kita dengan manusia menjadi salah satu keikhlasan dan tanggungjawab. Ia harus menjadi satu di mana kita menghormati maruah, reputasi dan privasi orang lain. Islam mengajar kita bahawa kita tidak hanya bertanggungjawab atas sikap dan tindakan kita, tetapi juga untuk apa-apa di mana kita tidak mempunyai kawalan atau pengaruh dalam masyarakat kita atau dunia di sekeliling kita.


Allah telah mengharamkan orang-orang mukmin dari Mengumpat

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana sebahgian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". (Surah Al-Hujuraat: 12)

Di ayat ini Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang banyak dari prasangka terhadap kaum mukmin, kerana sebahgian dari prasangka adalah dosa, seperti sangkaan yang kosong dari hakikat dan qarinah (tanda), bersangka buruk yang diiringi dengan ucapan dan perbuatan yang diharamkan, karena bersangka buruk di hati tidak sebatas sampai di situ, bahkan terus menjalar sehingga ia mengatakan kata-kata yang tidak patut dan melakukan perbuatan yang tidak layak dilakukan, disamping sebagai sikap suâuzzhan (bersangka buruk) terhadap seorang muslim, membencinya dan memusuhinya, padahal yang diperintahkan adalah kebalikannya.

Di ayat ini Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang banyak dari prasangka terhadap kaum mukmin, kerana sebahagian dari prasangka adalah dosa, seperti sangkaan yang kosong dari hakikat dan qarinah (tanda), bersangka buruk yang diiringi dengan ucapan dan perbuatan yang diharamkan, karena bersangka buruk di hati tidak sebatas sampai di situ, bahkan terus menjalar sehingga ia mengatakan kata-kata yang tidak patut dan melakukan perbuatan yang tidak layak dilakukan, disamping sebagai sikap suâuzzhan (bersangka buruk) terhadap seorang muslim, membencinya dan memusuhinya, padahal yang diperintahkan adalah kebalikannya.

Selanjutnya Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutkan perumpamaan untuk menjauhkan sesorang dari ghibah (mengumpat).

Sebagaimana kamu tidak suka dan merasa jijik memakan bangkai saudaramu yang sudah mati, maka seperti itulah seharusnya sikap kamu terhadap ghibah (menggunjing saudaramu). Ayat ini menunjukkan ancaman yang keras terhadap ghibah, dan bahwa ghibah termasuk dosa yang besar kerana Allah mengumpamakannya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala Lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Surah Al-Hujuraat: 6)

Ayat ini juga sama menerangkan adab yang harus diperhatikan oleh orang-orang yang berakal, iaitu apabila ada orang fasik yang memberitahukan kepada mereka suatu berita, maka hendaknya mereka menelitinya dan tidak langsung menerima beritanya, karena jika demikian terdapat bahaya yang besar dan terjatuh ke dalam dosa.

 Jika kita berfikir secara mendalam ke atas contoh ini, ia akan mencukupi untuk menjauhkan kita daripada mengumpat!

Mengumpat dan Fitnah adalah dosa-dosa besar dan tidak Boleh Dirawat dengan sikap acuh tak acuh

Sebagaimana yang firmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala: dalam Surah An-Nur ayat 15:

إِذ تَلَقَّونَهُ بِأَلسِنَتِكُم وَتَقولونَ بِأَفواهِكُم ما لَيسَ لَكُم بِهِ عِلمٌ وَتَحسَبونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظيمٌ
“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya”.

Ramai di antara kita mengumpat dan gosip tanpa berfikir. Kita fikir ia adalah satu perkara yang kecil, bagaimanapun, Allah mengingatkan kita untuk berhati-hati, untuk walaupun kita fikir kita melakukan sesuatu yang kecil, ia adalah sebenarnya sangat besar dosanya di sisi Allah!

Apa bila kita merasa tidak merasa berpuas hati, kita kadang-kadang akan ingin meluahkannya kepada teman-teman kita, namun dalam melakukannya perasaan janganlah kita berlebinan dengan memburukkan orang yang kita kurang senangi seperti merekalah manusia yang paling teruk di dalam dunia ini. Berhati-hati ketika bercakap kerama jika tersilap kita akan dipandang negatif dan hanya akan memburukkan diri sendiri kerana kita yang menjaja cerita.

Jadi, berwaspada juga kepada siapa kita ingin meluankan perasaan kerana orang itu mungkin akan menyampaikan kepada yang lain dan keadaan menungkin akan menjadi betambah buruk.

Allah mengajar kita agar tidak melakukan fitnah dan hentikan perbuatan itu.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَوْلاَ‌ ‌إِ‌ذْ‌ سَمِعْتُم‍‍ُ‍وهُ قُ‍‍لْتُمْ مَا‌ يَك‍‍ُ‍ونُ لَنَ‍‍ا‌ ‌أَ‌نْ نَتَكَلَّمَ بِهَذَ‌ا‌ سُ‍‍بْ‍‍حَانَكَ هَذَ‌ا‌ بُهْت‍‍َ‍انٌ عَ‍‍ظِ‍‍يمٌ
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". (Surah  An-Nur: 16)

Semestinya, ketika mendengar berita bohong itu, kalian menasihati mereka agar tidak melakukan tuduhan kerana hal itu tidak pantas buat kalian. Semestinya pula kalian hairan terhadap kebohongan yang sangat hina dan berbahaya yang mereka perbuat itu.

Ramai orang begitu sibuk untuk menyebarkan fitnah yang mereka dengar dan mereka tidak berhenti untuk mempertimbankan sama ada ia benar atau tidak dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama  mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud:

وَ‌الْفِتْنَةُ ‌أَشَدُّ‌ مِنَ ‌الْ‍‍قَ‍‍تْلِ
“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya”. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

هَمّازٍ مَشّاءٍ بِنَميمٍ ,وَلا تُطِع كُلَّ حَلّافٍ مَهينٍ
"Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)".  (Surah: Al-Qalam 10-11)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:

Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah”. (Hadith Riwayat: Muslim)

Ramai orang begitu sibuk menyebarkan fitnah yang mereka dengar dan mereka tidak berhenti untuk mempertimbangkan sama ada ia benar atau tidak.


Syaitan mengharapkan agar kita mengunakan lidah kita untuk mewujudkan konflik dan kebencian

Sebagaiman Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al-Israa’ ayat 53:

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنْسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا
“Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia”.

Hal ini termasuk kelembutan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada hamba-hamba-Nya, di mana Dia memerintahkan mereka melakukan akhlak yang terbaik, demikian pula amal dan ucapan yang terbaik yang dapat membawa mereka kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Perkataan yang lebih baik di sini mencakup semua perkataan yang mendekatkan diri kepada Allah, baik berupa membaca Al-Quran, dzikrullah, menyampaikan ilmu, beramar maaruf dan bernahi munkar, dan ucapan yang lembut kepada manusia. Ayat ini juga menunjukkan, bahawa apabila kita dihadapkan dua perkara yang baik, maka kita diperintahkan mengutamakan yang lebih baik di antara keduanya jika tidak memungkinkan menggabung keduanya. Manfaat perkataan yang lebih baik adalah kerana ia mengajak kepada setiap akhlak yang mulia dan amal yang soleh, di mana orang yang mampu menguasai lisannya, maka dia memampu menguasai semua urusannya.

Adakah kita jatuh ke dalam perangkap Syaitan? Kita semua boleh menganalisis diri kita untuk melihat jika ini adalah kes itu. Sekarang mari kita bandingkan bahawa apa yang Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam  berkata tentang mengumpat:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman didalam Quran:

لَ‍قَ‍‍‍دْ‌ ك‍‍َ‍انَ لَكُمْ فِي ‌‍رَس‍‍ُ‍ولِ ‌اللَّ‍‍هِ ‌أُسْوَةٌ حَسَنَة ٌ‌ لِمَ‍‌‍نْ ك‍‍َ‍انَ يَرْجُو‌ ‌اللَّ‍‍هَ ‌وَ‌الْيَ‍‍وْمَ ‌الآ‍‍خِ‍‍‍ر‍َ‍‌ ‌وَ‌ذَكَ‍رَ‌ ‌اللَّ‍‍هَ كَثِي‍‍ر‌اً
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzab: 21)

Dalam Islam juga kita disuruh menjaga lidah kita

Daripada Sahl bin Sa’ad dia berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

وعن سهل بن سعد، قَالَ: قَالَ رسُولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم: «مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الجَنَّةَ» متفق عَلَيْهِ
“Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.” (Riwayat Al-Bukhari, dan tidak ditemui dalam sahih Muslim)

Rasulullah memberi satu kiasan di dalam hendak mengingatkan umat Baginda supaya menjaga lidah. Baginda mengatakan ‘Barangsiapa yang dapat menjaga apa yang berada di antara dua rahangnya’ iaitu lidahnya, ‘dan apa yang berada di antara dua kakinya’ iaitu kemaluannya, ‘maka aku menjamin untuknya Syurga’.

Persoalan, kenapa Rasulullah tidak terus kata ‘Barangsiapa yang menjamin untukku lidah dan kemaluannya’? Kenapa Baginda berkias? Tujuannya adalah supaya kita ambil perhatian, supaya kita berfikir. Sebab kalau ucapan itu dimudahkan, orang akan mengambil mudah. Kita bagi contoh, kalau kita nak orang itu ambil perhatian apa yang kita pesan kepadanya, “Mat, kalau engkau nak buat sesuatu, gunakan apa yang ada di antara dua telinga engkau.” Orang itu akan fikir, di antara dua telinga ada apa?

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه: أنَّه سمع النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – يقول: «إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بالكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ والمَغْرِبِ» متفق عَلَيْهِ.
“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menunjukkan beratnya hasil buruk yang diperolehi oleh seseorang akibat tidak menjaga lidah, akibat mengucapkan satu perkara yang tidak baik. Hanya satu perkataan menyebabkan dia masuk ke dalam api Neraka yang jarak kedalamannya lebih jauh daripada timur dan barat.(menunjukkan bahawa Neraka ada peringkatnya).

Seorang Muslim dapat ditakrifkan sebagai seorang yang konsekuen beramal dan bersikap hidup sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata:

وعن أَبي موسى – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ أَيُّ المُسْلمِينَ أفْضَلُ؟ قَالَ: «مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ» متفق عَلَيْهِ
Aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari kejahatan lidah dan tangannya.” (Hadith Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Mengejek orang di hadapan mereka dengan membuat ekspresi muka negatif atau dengan isyarat tangan tanpa disedari juga satu bentuk ghibah.

Kita perlu berhati-hati dalam pertuturan agar tak terlepas cakap

Daripada Abu Sa'id al-khudri r.a Nabi Shallallahu 'alaihi wassallam maksudnya:

"Apabila anak Adam bangun diwaktu pagi, seluruh anggota badannya memberi amaran kepada lidah dengan berkata: Bertaqwalah engkau kepada Allah tentang kami kerana sesungguhnya kami sebahagian daripada engkau. Jika engkau lurus, kami pun lurus. Jika kau bengkok, kami pun bengok. (Hadith Riwayat: At-Termidzi)

Kini,, sudah ada banyak keadaan dimana tanggan sudah mengambil alih peranan lidah. Makin ramai orang selesa dengan computer/laptop dan telepon bimbit yang canggih untuk mengeji, dan mencemuh; peranan yang pada suatu ketika dulu biasanya dilontarkan oleh lidah. Era jalur lebar (internet) ini boleh membolehkan maklumat dan fitnah tersebar luas dalam masa yang amat singkat. Ia lebih pantas daripada apa yang terhambur dari lidah.

Mengumpat dan fitnah begitu meluas sehingga ia telah menjadi topik perbualan atau perjumpaan manusia dan ruang untuk meluahkan perasaan marah, ragu-ragu dan iri hati mereka. Mereka yang menikmati mengumpat yang sedar hakikatnya hanya akan merosakkan diri mereka sendiri. Ini adalah kerana pada hari kiamat, kedua-dua pesalah dan menganiaya akan berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.  Allah akan memberi orang yang menganiaya dari perbuatan-perbuatan yang baiknya kepadanya orang yang dianiaya oleh mengumpat atau ketidakadilan nya.

Kita manusia dikurniakan akal fikiran yang waras, jadi gunakan ia sebaiknya. Jangan guna akal kita untuk menjalankan misi-misi menjatuhkan orang lain dengan menyebar fitnah. Jangan mudah percaya sesuatu perkara sehingga ia terbukti benar, kerana bimbang kelak ia adalah fitnah.

Islam mengajar kita bahawa jika orang yang dicemuh atau mengumpat di hadapan kita, kita perlu mempertahankan maruah mereka. Jika kita mengabaikan berbuat demikian, kita menghadapi risiko menafikan diri kita bantuan yang sentiasa diperlukan dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam berkat: "Jika saudara Muslim lelaki yang difitnah di hadapan-Nya, dan dia mampu mempertahankan dia dan berbuat demikian, maka Allah akan membelanya di dunia dan di akhirat. Tetapi jika dia gagal untuk mempertahankan beliau, Allah akan membinasakannya di dunia ini dan seterusnya”. "(Al-Baghawi)

Apa yang kita akan lakukan pada masa akan datang bila kita terdorong untuk mengumpat, atau jika kita mendengar fitnah di hadapan kita? Pilihan di tangan kita. Hati-hati sahabat, boleh jadi cerita kamu sebarkan itu tidak benar maka kamu diklasifikasikan sebagai penyebar fitnah.

“Orang yang mengumpat ini pengecut dan tidak ada maruah, hati kotor dan buruk akhlaknya….

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memelihara dan menjauhkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukai-Nya.

Sumbangan oleh: Dewey Rahim Zaini
Terjemahan Al-Quran: mysurah.my
Tafsir: tafsiq.org
Posted and graphic by: HAR

No comments: